Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 Ogos 2012

Subhanallah! Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor


Ini bukan kisah baru, tetapi sudah lama ia berlaku. Dua keping gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu. Jurugambar yang bekerja di Nashville, Tennessee, dia berasa gembira kerana berjaya merakamkan saat-saat manis ketika tangan bayi itu kelihatan memegang tangan doktor.
Ia berlaku pada pada tahun 1999, ketika itu usia janin bayi ini baru berusia 21 minggu dalam rahim ibu.  Ia dianggap terlalu awal untuk dibedah. Doktor pula cuba mempertimbangkan sama ada mahu membuat operasi pembedahan ataupun tidak. Jika cuai, ia akan memberikan risiko terhadap pembedahan ini, dan akan menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan.
Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya. Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor. Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan