Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesian cikgu...inilah yang dikatakan rela paksa..tak bagi kalo, dapat prestasi rendah..


SEREMBAN: Seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di sini telah menimbulkan kemarahan dikalangan guru apabila didakwa memaksa mereka untuk mendermakan 2% daripada duit bonus mereka untuk diberikan sebagai duit raya kepada pelajar.

Guru-guru ini dimaklumkan agar dapat sama-sama meraikan kemeriahan Hari Raya ini bersama dengan pelajar-pelajar mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang.

"Walaupun niat Pengetua adalah baik, namun adalah salah untuk anak saya menerima duit raya tersebut jika ia tidak diberikan dengan ikhlas.

"Jika guru ingin memberikannya atas kehendaknya sendiri itu tidak menjadi masalah," kata salah seorang ibu bapa.

Guru-guru telah menerima bonus setengah bulan gaji pada 9 Ogos lalu. Difahamkan bahawa setiap orang guru diarahkan menyumbang di antara RM30 dan RM50 setiap seorang.

Sekolah tersebut mempunyai lebih daripada 90 orang guru dan kira-kira 1400 pelajar.

Pelajar-pelajar sekolah berkenaan telah diberikan duit raya duit RM3 setiap seorang selepas haris perekolahan semalam.

Seorang guru yang ditemui berkata mereka menuruti arahan tersebut kerana takut dipindahkan.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Razak tidak dapat dihubungi ketika ini untuk mendapatkan komen.

Ketika dihubungi, Pengetua menyatakan bahawa para guru hanya diminta memberinya secara sukarela tetapi mengakui bahawa ada seorang atau dua orang guru mungkin tidak berpuas hati.

"Malah, saya turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM1000. Hubungan guru dan pelajar sama seperti hubungan ibu dan anak. Apa yang saya lakukan adalah untuk menyebarkan mesej muhibah dan kasih sayang, " katanya.

"Saya telah melakukan (mohon sumbangan) ini sejak saya berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar sebelum ini dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Saya berharap tidak ada sesiapa yang menimbulkan isu ini," tambah beliau.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG), ketika dihubungi mendakwa tidak tahu menahu di atas perkara ini.

Dalam reaksi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan melahirkan rasa kesal di atas tindakan Pengetua ini.

"Guru-guru ini sudah menjadi pembayar cukai dan mereka tidak sepatutnya dikenakan lagi cukai. Jangan berselindung di sebalik 'sumbangan ikhlas' sebaliknya guru secara tidak langsung dipaksa untuk membayar, katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan