Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 Ogos 2012

Hangpa tak sokong ? kena tukar

Saya teringat seorang ibu yang memarahi anaknya kerna cuba memanjat pokok di hadapan rumah "Jangan panjat nanti jatuh!" Anaknya terus panjat lagi tinggi" Aiikhh..! Jangan panjat..kang mak pukul nanti" Si ibu mula menggugut" Si anak terus memanjat tanpa menghiraukan ugutan. 
Bila si ibu merasakan ugutannya tidak berkesan dan menukar kaedah " Haa...panjat sayang...lagi tinggi lagi bagus.." Si anak mula menggelunsur turun. Kenapa jadi demikian? 
Fikirkan apabila guru sering diugut apakah ianya berkesan untuk meraih sokongan. Mungkinkah guru akan menjadi fed-up dan tambah meluat sehinggakan mereka menjadi seperti pepatah "manis dimulut tapi hati lain bicara"
Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.
.Dan buat Guru-guru yang sekarang ini sedang mengajar di Semenanjung jika mahu merasa suasana mengajar di Sabah atau Sarawak pula sila berikan jawapan anda sebagai Sangat Tidak Setuju atau Tidak Setuju dalam borang kaji selidik ini..
.


Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong 

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan