Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 2 Ogos 2012

Disahkan mati..kanak-kanak ini bangun semula mintak air


Menurut laporan ORM Portal, degupan jantung Kelvin Santos sudah berhenti dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam pada hari Jumaat (1/6/2012) ketika menjalani rawatan radang paru-paru di hospital Belem, Selatan Brazil. Jasadnya telah dibawa pulang dan diletakkan di dalam keranda yang masih terbuka.

Keeseokan harinya, sejam sebelum dia dikebumikan semua tetamu yang sedang berkabung terkejut apabila Kevin Santos telah bangkit dari keranda dan berkata "Ayah..saya haus, saya nak minum air.."



Semua orang yang hadir terperanjat. Ada yang menjerit. Mungkin terperanjat atau ketakutan. Ini merupakan satu keajaiban


Kemudian Kelvin baring semula. Kami tidak dapat membangunkan ia semula. Dia telah mati sekali lagi.

Upacara pengkebumian telah ditangguhkan selama sejam bagaimanapun doktor mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Polis sedang menjalankan siasatan. Bapa kanak-kanak malang ini Antonio percaya doktor telah melakukan kecuaian ketika mengesahkan Kelvin sudah meninggal dunia pada kali 
pertama.

   
Antonio bapa kanak-kanak malang ini.

“Mungkin mereka tidak memeriksa anak saya dengan teliti. Orang yang sudah mati tidak akan bangun dan bercakap.”tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan