Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 18 Julai 2012

Puasa bukan bulan untuk metekedaghah....


Kekadang nak tergelak juga tengok telatah umat islam akhir zaman ini apatah lagi apabila menghampiri Ramadhan. Ada yang mengeluh, gelisah dan tak kurang juga rasa tidak sabar untuk menyambutnya. Baru-baru ni jumpa seorang sahabat yang tahun lepas sebok berniaga  aneka bubur di pasar ramadhan. Tahun ni aku tanya "Tak berniaga bubur lagi ke Ramadhan ni?" "Dak dah ustaz... hari tu kan ustaz smash saya dalam kuliah , banyak orang berniaga untung di dunia tapi rugi di akhirat pasai tak larat nak solat tarawih. Betoi ustaz...kalau saya berniaga lagi alamat tak tarawihlah lagi tahun ni"

Ada pula sahabat yang mula mengatur hotel untuk berbuka puasa maklumlah orang berduit katakan. Tapi aku sedih jugak kerana makanan di hotel-hotel yang bukan milik Islam ini terjaminkah  kehalalannya meskipun mereka menawarkan pakej istimewa  berbuka puasa untuk orang  Islam. Hang pi buka puasa di Masjid atau surau lagi baik. Bulan puasa ni bukan bulan melampiaskan nafsu makan tapi bulan ibadah.

Nak habak mai ada 3 kategori yang biasa kita temui bila kita jumpa orang miskin depa akan bersembang sesama mereka "Apa kita nak makan?" Orang kaya pulak tanya " Kat mana kita nak makan?" Lagi teruk orang politik suka sangat tanya "SIAPA KITA NAK MAKAN?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan