Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 14 Julai 2012

Pengerusi masjid main tuju-tuju roti canai sedekah..Hampehh punya pengerusi..


Banyak juga yang mintak aku jadi imam Masjid tapi aku tak mau.. Bukan pasai apa, takut tak dapat jalankan tugas dengan baik. Sekarang ni Imam dibayar imbuhan setiap bulan. Kalau dulu lebih kepada sukarela, sekarang lima enam ratus setiap bulan tiba-tiba kita jarang ada di Masjid kerna komitmen di luar kan boleh mengundang fitnah orang. Lebih bai tak payah.


Aku pernah cakap dalam kuliah, nak lantik pengerusi atau ajk masjid pun kena tengok akhlak. Jangan dok main  bantai je...Tengok dia ni pandai cakap sikit terus lantik jadi pengerusi. Las-las tengok kelaku tak senonoh baru kita tepuk dahi.


Cerita satu insiden berlaku di Masjid dekat Chenderoh Perak bagi aku cukup mengaibkan...

Sudah menjadi kebiasaan orang kampung mengambil kesempatan menghantar juadah makanan dengan niat bersedekah. Malam tu seorang hamba Allah bersedekah roti canai (agak banyak kuantitinya).

Selepas solat isyak, semua jamaah menikmati hidangan terutamanya roti canai. Seorang sahabat amat terkejut dengan perangai pengerusi masjid tersebut yang sedang "main tuju- tuju" cebisan roti canai dengan rakannya. Kedua- duanya umur pesara yang layak di panggil Tok.

Lantas...dijerkahnya kedua- dua orang tua berkenaan, berang melihat perangai orang tua yang tak sepatutnya berlaku. Sahabat ni terus pulang tanpa menjamah  juadah tersebut. Manakala pengerusi masjid dan rakannya terkebil- kebil malu apabila semua pandangan jamaah tertumpu kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan