Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 26 Julai 2012

BIADAP: Tak mau PUASA, tetak kepala ibu...


TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan