Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 22 Julai 2012

Aku antara murabbi dan mutaallim

Seronok juga dengar kenkawan melabun (sembang)  mengenai pesta tazkirah di tempat aku. Banyak ustaz-ustaz yang hebat dijemput datang untuk menyampaikan ilmu. Alhamdulillah masjid surau yang ada tazkirah ramadhan sentiasa makmur dan dikunjungi oleh ramai jamaah.

Sebagai seorang yang masih serba kekurangan aku juga teringin sangat nak jadi mutaaliman {peuntut ilmu) macam dulu. Duduk depan Tok Guru tadah kitab atau buat catatan di dalam buku nota. Bagi aku tak kisah meskipun ustaz itu lebih muda yang penting ia amanah dengan ilmu dan menyampaikan dengan telus jelas dan tidak berselindung.

Tapi dalam keadaan sekarang ini kesempatan itu tidak ada. Aku pasrah mudah-mudah suatu ketika aku juga teringin nak jadi seperti Tok Guru di bawah ini meskipun berilmu tinggi tetap duduk mendengar kuliah dari ustaz yang masih muda

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/532446_401223856604175_650766235_n.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan