Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 19 Februari 2012

Pemimpin Yang merasai Denyut Nadi Rakyat

Setelah memegang jawatan sebagai presiden Iran Ahmadinejad telah menyumbangkan seluruh karpet Istana yang pernah didiami oleh Shah Iran pemimpin Iran yg terdahulu kepada masjid-masjid di Tehran dan menggantikan denganm karpet biasa yg lebih mudah untuk dibersihkan.

Ruang tamu presiden untuk tetamu VIP hanya disediakan 2 kerusi kayu

ketika waktu terluang presiden Ahmadinejad suka bergurau senda dengan orang bawahannya di pejabat kerajaan tanpa sebarang protokol

Sentiasa memberikan peringatan kepada jamaah menterinya agat hidup sederhana

Beliau juga telah menunjukkan contoh dimana ia mengumumkan harta yang dimiliki hanyalah sebuah rumah sedrhana warisan keluarganya dan sebuah Peageot 504 tahun 1977. Dib eritakan gajinya sebagai Presiden adalah sekitar US 250.oo

-Sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana presiden ialah beliau sentiasa membawa bekal makanan yang disediakan oleh isterinya di rumah
Di mana sahaja ia menginap, ia meminta agar diberikan satu bilik biasa kerana ia tidak suka tidur di aras katil mewah,tetapi lebih suka tidur di atas lantai beralaskan karpet dan selimut

Ketika azan berkumandang ia akan bergegas menunaikan solat dan meninggalkan segala urusan di mana sahaja beliau berada neskipun hanya beralasan karpet biasa

Bagi aku, pemimpin yang sebegini amat sukar dicari. inilah mungkin salah satu sebab kenapa Amerika amat memusuhi Iran selepas tumbangnya rejim Shah Iran yang hidup dalam kemewahan. Sebab itu aku amat meluat mendengar ucapan retorik pemimpin yang berkata dengan penuh semangat "Kita akan turun ke padang untuk bersama-sama merasakan denyut nadi rakyat." Sedangkan mereka datang dijamu makanan yang sedap-sedap menginap di hotel, Perjalanan tanpa perlu menunggu lampu merah diiringi polis trafik yang meminta rakyat ke tepi kerana pemimpin besar nak lalu.

Ingat ... jawatan pemimpin bukannya satu ghanimah tetapi satu amanah yang akan dipertanggungjawab di Akhirat kelak.

1 ulasan:

  1. saya rasa, beliau boleh dinobatkan sebagai pemimpin islam contoh di era kini..

    BalasPadam