Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 12 Februari 2012

Meh le.. singgah Taiping

Bagi aku Bandar Taiping adalah bandar istimewa. Tak terlalu sebok. Hujan yang agak kerap menjadikan bandar agak sentimental khususnya bagi orang pencen. Banyak yang mengambil keputusan utk terus membeli rumah di Taiping dan menetap di sini. Bila ditanya dah pencen tak balik kampung ke, ada orang kelantan Johor dan negeri-negeri lain...senang je depa cakap "Di sini seronok ustaz sebab banyak pengajian"

Tak percaya? hangpa mai Taiping tengok dalam Laman Nurani, Masjid dan Surau padat dengan program pengajian ilmu. Sebab itu aku ambil keputusan untuk menetap di Taiping. Lagipun penduduknya boleh dikatakan baik dan tidak nafsi-nafsi. Rumah aku ni jadi tempat persinggahan ahli keluarga jauh dan dekat hatta sahabat-sahabat dari Tawau Sabah pun akan bertandang ke rumahku jika mereka singgah ke Taiping.

lagi satu...nak habak mai, Taiping ni adalah bandar warisan pertama dari segala yg pertama. Contohnya,
Inilah stesyen keretapi PERTAMA di Malaysia. Hanya 2km dari rumah aku
Hospital Taiping - Hospital pertama di Malaysia (21/2 km dari rumah)
Pasar Taiping - Pasar pertama yg didirikan di malaysia
Ini pulak penjara Taiping - Penjara pertama di Malaysia
Pemandangan Taman Tasik Taiping - macam duduk kat Sepanyol oo. 5 km dari rumah
Lagi keindahan Taman Tasik Taiping
Resort Bukit Larut - Resort Tanah Tinggi pertama di Malaysia

Bukit Larut - siapa yang tak tahan mabuk jangan dok naik land rover. Jalan kaki sudah...4jam sampai.
Zoo Taiping -Zoo pertama di Malaysia. Laa ni bukak sampai ke malam -Safari malam
Muzium Taiping - muzium pertama di Malaysia
Mee banjir udang Kuala Sepetang - Banyak udang dari mee. Tapi orang Ghout jangan makan. Udang fresh dari laut port weld
Lapangan Terbang Tekah..lapangan terbang tentera pertama di Malaysia. Sebelah tepi sana tu rumah aku,tapi malas nak tunjuk ..rumah buruk jee

Masjid Al Hidayah Asam Kumbang mendapat anugerah Masjid tercantik di Perak. 1/2 km dari rumah. Aku mengajar di sini 3x sebulan. berhadapan dengan Lapangan Terbang Tekah.



3 ulasan:

  1. sy pon orang tepeng..bgos la entry nie..mohon share di fb sy..hihi

    BalasPadam
  2. Orang Tepeng jugak ke? Kalau ada bahan-bahan menarik tentang bandar warisan ini bolehlah kita sama-sama share

    BalasPadam
  3. Saya pun orang Taiping. Gambar tuan amat menyentuh kenangan saya. Saya membesar di sana dan sekarang tinggal di Sungai Buloh, Selangor. Dulu saya bersekolah di S.R.J.K.King Edward 11 Dan S.M.J.K. King Edward V11. Arwah bapa saya pula bekas siak masjid lama dan masjid baru, Taiping. Malah kubur arwah mak saya pun terletak di sana. Terima kasih kerana mengembalikan kenangan saya, tuan. Salam....

    BalasPadam