Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 21 Februari 2012

Beza perempuan dengan betina...

Kekadang rasa pelik jugak tengok kenkawan yang masih bujang hingga umur hampir cecah 40han. Pasai apa ? bila tanya balik...jawapannya mudah susah nak beza antara perempuan dan betina. Bertudung tapi loglak,gedik tah apa-apa lagi.

Betoi jugak..tiap malam aku pergi bagi kuliah di masjid surau, orang perempuan muda boleh kira dengan jari..seropa jugak dengan anak muda lelaki. Bila tak suka mengaji agama jadilah Islam bagi mereka hanya retorik. Bertudung tapi membonceng mat-mat rempit.

Orang tua-tua dulu kalau nak merisik..depa datang time nak masuk waktu sembahyang. Bila tengok anak dara pakai telekong sembahyang itu satu pertanda baik dan sesuai untuk dijadikan anak menantu. Bagi mereka soal cantik, comel lote letak no 2 yang penting agama dan sedap mata memandang.

Bila baca keratan berita di bawah dapatlah kita membezakan antara pompuan dengan betina

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.

Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan