Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 14 Mei 2011

Gembirakah guru..dengan hari guru

Isnin ini 16 mei 2011 adalah perayaan Hari Guru. Ustat Man Mistik bagi tahu tak payah sambut hari guru pasai semua perayaan melibatkan guru. Hari buruh...guru adalah buruh kena sapu sampah dalam kelas tambah guru sekolah rendah tahap 1. lepas tu kalau nak buat majlis kena susun angkat kerusi meja. Nanti bos arahkan untuk mengecat pagar sekolah dan balai ilmu terpaksa ikut arahan, Bermakana guru juga adalah buruh kasar.

Lagi satu nak habak guru adalah pegawai kerani. Isi borang itu ini. Guru juga adalah pegawai keselamatan. Selagi murid tak balik selepas sessi persekolahan selagi itu guru bertugas kena tunggu.

Murid bermasaalah, langgar disiplin guru kena siasat sebelum ambil tindakkan. Ini bermakna guru bertindak sebagai pegawai penyiasatan. Murid terjatuh guru terpaksa merawat luka berarti guru sudah jadi jururawat

Banyak lagilah kalau nak sebut. namun aku tetap gembira sebagai guru kerana bila Inspektor polis tahan kereta aku balik dari kuliah maghrib di Felda Ijok dalam satu sekatan jalanraya .tiba-tiba dia terkejut dan angkat tabik pada aku. "Oops..ustaz ke..saya anak murid pengajian ustaz, maaflah tak perasan tahan kereta ustaz ...ustaz boleh terus jalan. Pegawai polis yg lain turut beri tabik kat aku bila ketua mereka beri tabik hormat.Depa ingat aku pegawai polis pangkat tinggi kut...

Singgah pulak isi minyak kat stesyen caltex. Seorang pekerja stesyen dok mengintai-ngintai aku dalam kereta. Memang aku tak turun kerana di stesyen ini ada pekerja ditugaskan mengisi minyak. "Laa ustaz kaa..tak kenai saya dengan berserban berjubah."Hang siapa... tanya saya. "Saya murid ustaz dulu sambil gelak mengelekek"Patutlah minah sorang ni berani tegur aku rupanya bekas anak murid." Walau apa pun aku salute dekat dia kerana masih ingat dan tegur bekas gurunya meskipun hanya bekerja sebagai pengisi minyak.

1 ulasan: