Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 5 Mei 2011

Hangpa pi cari keladi...

"Hangpa pi cari keladi kat batas bendang...Din tu suka sangat makan sayor keladi. Kalau tak dak keladi kita buat masak labu...sat...sat depa telepon kata nak balik..."Inilah feel ibu mertuaku setiap kali telefon kata kami nak balik kampung.. sebok dia kejan abang kakak ipar anak menakan di kampung suruh siap itu dan ini. Memang aku jarang balik kerana sabtu ahad sebok dengan pelbagai program pengajian untuk muslimat dan kadangkala nak jenguk-jenguk juga kebun sawitku.

Kalau kena musim mempelam sebok dia telefon, hangpa bila nak balik mak ada simpan pelam untuk hangpa. Mau tak mau kena balik juga sekejap. "Biasanya kalau balik ke kampung mertua salah satu aktivitiku ialah mengai puyu. Peergh seronok ooo...letak pancing je terus ikan sambar terutama ketika air bendang nak kering. Ibu mertua yang sabar menunggu..."Banyak ke hang dapat ikan...nanti mak siang" Dalam keadaan jalan mengesot pun masih ada semangat nak buat itu ini.

Bulan lepas sempat duduk seminggu di rumahku...yang seronoknya dalam bab makan dia tak kesah.Memang dia lalu sungguh. Sebab itu bila dia sebut saja..."Mak teringin nak makan lokan" Aku cepat-cepat pedeghaih cari di pasar hari hingga ke Semanggol atau Sungai Gedong. Bukan apa seronok tengok dia makan apatah lagi masakan isteri memang sesuai sangat dengan selera dia.

Adakalanya ditakdir kan selera kami serupa memang aku pantang sangat kalau masakan yang manis spt sambal tumis dan berajinomoto begitu jugak dengan ibu mertuaku. Siaran tv paling diminati ialah "tanyalah ustaz" Tv9 sebab itu kadangkala aku beri isyarat pada anak-anak jangan bukak chanel lain sebab tok nak tengok rancangan kegemarannya.

Tanggal 5 Mei 2011 bersamaan 30 Jamadil Awal aku menerima berita kematiannya dari rumah anaknya di K.Lumpur. Bayangkan tak sakit apa, makan lalu cuma suka penat sikit maklumlah usia sudah mencecah hampir 80 tahun. Khabarnya sebelum meninggal mintak supaya ia dimandikan oleh anak lelakinya(abang ipar) selepas itu belum sempat solat dhuha yg menjadi amalan hariannya Allah telah menjemputnya dengan begitu mudah dipangkuan anak lelakinya.Innalillah wainna ilaihirajiun

Ketika aku menatap wajahnya seperti orang tidur..nampak tersenyum mengadap Ilahi,memang amalannya hebat...Kalau duduk dirumahku memang satu hari satu juzu' Quran dibaca. Usia tuanya dihabiskan mengaji di Pondok Sg Bakap...cuma akhir-akhir ini sahaja anaknya tak benarkan lagi pergi sebab dia cepat penat dan uzur.

Setiap apa yang kita miliki di dunia hakikatnya adalah pinjaman semata. Akhirnya kita kena ridha ia akan diambil balik oleh Pemiliknya yang sebenar. Apa yang penting ialah kesabaran kita menghadapi takdir Allah. Yang penting masa kita akan tiba jua...

Sesekali berlinang juga air mataku kerana selepas ini aku tak akan dapat mendengar lagi "Din tuu...suka sangat makan sayor keladi"

Khusus untuk yg mengikuti blogku..Al-fatihah untuk bonda mertuaku

2 ulasan:

  1. Al-Fatihah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Oleh itu,hargailah ibubapa kita sementaqa depa dok ada lagi..

    BalasPadam
  2. Jazakallah atas segala sedekah fatihah. Jangan lupa bukan kepala tua saja yang jatuh kadangkala kelapa putik pun ada yg jatuh..bersedialah kita.

    BalasPadam