Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 April 2011

Monolog seorang Pe -Tua...

Ketika aku masih muda,aku ingin mengubah dunia. lalu aku sedar aku tidak mampu melakukannya. lalu aku memutuskannya untuk mengubah negaraku mengikut inspirasiku namun...aku tetap gagal dan amat sukar. Aku lantas berusaha pula untuk mengubah masyarakat kariahku ketika aku sudah semakin tua aku tetap terus gagal.

Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini...aku semakin lemah. Tua bangkaku menjadikan urat sendiku semakin mengecut. Sukar untukku mengubah keluarga yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang mereka lalui.

Lalu aku mula sedar satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri. Tiba-tiba aku sendiri sedar dalam usia yang begini lanjut untuk mengubah diri memerlukan kekuatan fizikal mental dan spritual namun aku sudah agak terlambat. Tubuhku lemah,fikiranku mudah lupa, andainya aku bisa mengubah diriku sejak dahulu(di usia muda) Aku pasti boleh mengubah keluargaku,masyakat dan mengubah negara dan dunia yang fana ini...Insyaallah."

Justeru buat teman-temanku..Jangan bertangguh untuk melakukan apa jua kebaikan. kita mulakan dengan diri kita. Perlengkapkan diri dengan ilmu ukhrawi maupun duniawi.Terjemahkan kehidupan muda dengan amal soleh dan menjadi uswah pada anak-anak dan ahli keluarga. Tentunya Baitul muslim akan terbina. Baitul Muslim akan menjadi cermin pada masyarakat. Masyarakat muslim akan terserlah hingga akhirnya segala jahiliah akan runtuh dan tertegaklah "Baldatun Thoiyibah' yang mendapat keredhoan dari Allah swt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan