Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 April 2011

Jangan Campakkan diri pada kebinasaan..,.

Satu lagi tabiat mencampakkan diri dalam kebinasaan ialah perangai kita yang tidak menjaga makanan. Ramai dari kita yang metekedaghah ikut rasa sedap mulut. Kita tak perduli berapa biji roti canai yang kita makan sehari, berapa pinggan nasi kita sumbat sehari, berapa gelas teh tarik kita hirup satu hari, berapa bungkus nasi lemak kita makan sehari.

Hari demi hari kita akan bertemu kawan lama yang menegur keadaan badan kita yang nampak semakin lebar.Rasulullah bila mandi luncur air ke bawah...kita mandi tersangkut air kat perut yang memboroi. Kebiasaannya kita senyum dan sedikitpun tidak risau. Teguran demi teguran berlalu sehingga saiz pinggang seluar kita bertambah dua kali ganda, kita masih lagi tersenyum dan amat berselera. Bukankah kita sebenarnya sedang mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan, kita tunggu Majlis Fatwa umumkan tabiat makan seperti itu atau berlebihan gemuk adalah haram!

Sudahlah makan banyak dan berselera, kita amat malas mengeluarkan peluh. Kita bawa kereta kemana-mana. Kita cari parking di tempat yang paling dekat dengan destinasi kita. Kalau ke masjid tu kalau boleh kita nak letak kereta terus belakang imam agar terus keluar kereta dan berdiri mengangkat takbiratul ihram, tak perlu nak jalan jauh...

Pagi atau petang kita buang masa dengan berbual kosong, minum teh, tengok TV, nganga tak buat apa-apa, atau pejam mata buat air lior basi. Kita banyak duduk daripada bergerak. Perut kita menutup pemandangan mata sendiri dari jalan raya akhirnya kita mudah semput walaupun untuk mendaki 5 anak tangga. Bukankah malas seperti itu juga sebenarnya kita mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Kita tunggu Majlis Fatwa mengumumkan, banyak duduk dari berjalan hukumnya haram.

Ramai dari kita sekarang ini tidak menjaga waktu rehat mereka. Ada yang berjaga sampai waktu subuh, ada yang tak tidur lansung ada juga yang cuma tidur sehari 2 jam sahaja, kita memberikan tekanan kepada tubuh badan kita sedangkan banyak laporan menyatakan tidur yang tidak sempurna juga merosakkan kesihatan sekali gus mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan.

Sekadar itu sahaja buat renungan kita kali ini moga ada manafaatnya buat kita merangsangkan pemikiran kita dan menilai bagaimana kita pastikan bahawa kita tidak mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan