Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 13 April 2011

Racun Panjang Umur ada di jual...

Kesempatan hidup hanya sekali,ia terlalu berharga buat kita.Tetapi kadangkala ada juga yg tidak menghargai arti kehidupan. Secebis kisah yang dipaparkan di bawah ini mungkin memberi sedikit pengajaran buat kita.

Seorang lelaki datang menemui seorang ustaz. Ia mengeluh tentang kehidupannya yg begitu sukar. "Ustaz... saya saya sudah putus asa dengan hidup ini." "Kenapa jadi begitu? "Hidup makin hari makin susah. Rumahtangga sudah jadi kacau bilau...kami asyik bertengkar saban hari. Anak-anak saya sudah jadi terlalu nakal,tak dengar lagi nasihat saya. Rakan-rakan bersikap dingin dan menjauhkan diri dengan saya. Hidup ini bagai neraka. Saya sudah mula rasa bosan dengan kehidupan, cuak dan muak, saya ingin mengakhiri hidup saya.”
“Benar kamu ingin mati dan mengakhiri hidupmu? Yakin?” “Benar…saya sudah tidak mampu meneruskan kehidupan lagi, boleh tak ustaz bantu saya?"

"Boleh sangat-sangat...di tangan ustaz ni ada sebotol racun yg boleh mengahiri hayat seseorang,namanya pun racun pendek umur. Siapa yg minum dalam tempoh 24 jam...innalillah wainna ilai hirajiu'n”

Sang ustaz memberikan sebotol kecil racun. Lelaki itu pun segera meminum habis isinya tanpa berbelah bagi. Nampak memang dia bernekad untuk bunuh diri.

Pulang ke rumah ia melihat anak-anaknya sedang bergaduh sesama sendiri. Rumahnya berselerak,kaki bangku patah, cermin tingkap pun pecah.. Tidak seperti biasanya, ia tidak memarahi anaknya…malah mengajak anak-anaknya bermain. “Di hari terakhir ini, biarlah aku menjadi ayah yang terbaik bagi anak-anakku.”

Kedua anak itu begitu senang diajak bermain oleh sang ayah. Ternyata kenakalan mereka selama ini hanya ingin mencari perhatian ayahnya. Lelaki itu baru menyedari bahawa anak jadi nakal kerana kurang mendapat perhatian dari ibubapanya kerana kesebokkan yg berpanjangan. Alangkah indahnya hari terakhir dalam hidup ini melihat gelak tawa si anak dapat bermain dengan si ayah.

Malam harinya, ia melihat isterinya sudah tertidur. “Malam ini adalah malam terakhir aku bersama isteriku.” Teringat kembali masa-masa indah di awal perkahwinan. Lelaki itu menyedari ia kurang memberi perhatian pada istreinya.

Akhir-akhir ini semakin jarang berkomunikasi.Kalau bercakap pun, akhirnya membawa kepada pertengkaran.. Ia mencium dan mengucup lembut isterinya,kemudian tidur dengan senyuman.

Besok pagi, lelaki itu bangun sebelum isterinya. Ia membuatkan sarapan untuk mereka sekeluarga. “Ini adalah hari terakhirku. Aku akan membuatkan masakan terbaik untuk isteri dan anak-anakku” , fikirnya.

Saat mereka bangun, ia segera menyambutnya dengan ucapan salam. Satu perkara yg tidak pernah diamalkan selama ini. Pagi itu mereka sekeluarga sarapan bersama dengan harmonis dan penuh gurau senda.

Lelaki itu pergi ke pejabatnya. “Di hari terakhir ini, aku akan memberikan sesuatu peninggalan yang paling baik bagi semua rakan sekerjaku” . Pagi itu ia berubah menjadi orang yang sangat peramah dan mesra. Sebelum ini wajahnya sentiasa masam bertukar menjadi murah dengan senyuman.. Setiap orang di pejabat di sapanya dengan lemah lembut.

Teman-temannya terkejut, tapi rasa senang dengan perubahan sikapnya. Senyum dibalas senyum, sikap ramah tentu dibalas dengan keramahan. Lelaki yang tadinya kaku beku dan jumud hari ini telah membawa suasana ceria di pejabatnya Ternyata selama ini, rakan sekerja enggan bergaul dengan lelaki ini karena sikapnya yang suka menyendiri dan bernafsi-nafsi.

Masa berlalu cukup cepat, Sebentar lagi masa akan sampai 24 jam. Ia mengunjungi ustaznya untuk kali terakhir untuk mengucapkan terima kasih di atas pertolongan dan nasihat yg di beri.

“Ustaz, terima kasih banyak-banyak kerana telah membantu saya mengakhiri hidup saya dengan kegembiraan meskipun dalam detik masa hanya 24 jam yakni satu hari. Ingin rasanya saya hidup lebih lama dengan izin Allah..Tapi apakan daya saya telah meminum racun yang boleh mengakhiri hayat saya sebentar nanti.

"kamu suka dengan kehidupan ini?" "Ya ustaz sekarang saya amat menyukainya. Ternyata hidup ini indah dan mendamaikan" "berita baik untuk kamu...sebenarnya kamu boleh hidup lebih lama dengan izin Allah yg Maha Kuasa kerana racun yg saya beri kepada kamu itu hanyalah air biasa bukannya racun seperti yang kamu sangkakan.Ingatlah Allah berfirman dalam Al-Quran Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana orang yang berputus asa itu adalah orang yang kafir"

(ambil ibrah dari kisah ini...wallahuaklam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan