Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 18 April 2011

Hari yang Cerah…Hari yang Indah…Hari yang Bahagia

Sesungguhnya mereka yang bangun dalam keadaan marah-marah boleh menimbulkan kesan nagetif pada diri. semakin kita memikirkan perkara-perkara nagetif dalam hidup semakin banyak pula hal-hal nagetif yang akan tergambar dan ditarik masuk ke dalam kotak pemikiran kita. Justeru setiap awal pagi kita seharusnya memulai dengan satu energi positif agar kehidupan hari kita lebih bahagia dan bermakna.

Saya paparkan beberapa panduan agar kehidupan hari kita cerah...indah dan bahagia hangpa nak ikut pun tak pa...tak nak ikut pun tak pa.

Pertama

Jaga tidur -
Kurang tidur akan menyebabkan kita bangun dengan lesu, mengantuk dan ingin marah-marah. Sebaliknya, tidur yang cukup akan membuat kita terbangun dengan segar dan penuh energi. Dan yang penting adalah tidur yang berkualiti , dimana tubuh kita benar-benar beristirahat dengan maksima. Baca doa,istigfar banyak-banyak mohon agar Allah pelihara ketika tidur dari gangguan syaitan maupun manusia

Rasakan udara pagi yang segar.

Udara pagi yang segar memenuhi paru-paru anda. Situasi yang menyegarkan yang membuat kita lebih bersemangat...insyaallah.

Bangun dengan senyuman

Senyuman akan memberikan inspirasi dalam kehidupan kita. Bayangkan kita bangun senyum. Isteri dan anak-anak bangun semuanya dalam keadaan tersenyum rasanya hari yang amat bahagia bagi diri kita meskipun banyak beban tugas yang akan kita hadapi di tempat kerja nanti

Mulakan kata-kata di awal pagi dengan kata-kata yang positif.

Tengok isteri sebok menyediakan sarapan pagi "Cantik isteri abang pagi nie?" meskipun kelihatan rambut tak bersikat. 'macam nie lah anak abah..bangun pagi gosok gigi inilah anak hebat..' Ini antara kata-kata positif yg rasanya boleh menceriakan kehidupan.

Buatlah sedikit senaman ringan di awal pagi

Kita mungkin jarang nak buat. Solat berjamaah bersama anak-anak satu riadah. Lepas solat dan berdoa bolehlah lakukan sedikit aktiviti menggerakkan sendi sendi . Riadah yang ringan ini rasanya boleh menjadi terapi agar tubuh kita lebih sihat dan bertenaga untuk menempuh hari mendatang.

Contohilah amalan para ulamak.

Jangan tinggal membaca Al-Quran meskipun sebaris ayat sebelum tidur dan selepas solat subuh.Roh yang sihat akan memancarkan nur pada wajah.

Bacalah al-Matsurat (amalan Rasul) di waktu pagi dan selepas asar.

Jika berkesempatan amalkan sentiasa solat witir sebelum tidur andaikata tak berniat nak bangun malam bertahajud dan solat dhuha pada pagi besoknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan