Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 27 April 2011

Harapkan bumbung..bumbung dah hempap kepala

Semasa saya menghadiri satu mesyuarat seorang bekas YDP PIBG sebuah sekolah menghampiri saya. "Ustaz dapat tak maklumat seorang bekas guru menghadapi tekanan jiwa dan sekarang menerima rawatan psikiatri" Saya amat mengenali bekas guru tersebut namun saya tak dengar apa berita mengenai beliau selepas bersara pilihan.

Persoalannya kenapa banyak guru yg menghadapi tekanan mental. Rata-rata guru yg saya temui ingin bersara awal kerana tak tahan lagi dengan karenah kerjaya. Kajian menunjukkan kerjaya guru bukan lagi kerjaya yang menyeronokkan tetapi penuh dengan keterpaksaan melayan karenah orang atasan dan parents. Amat malang kebajikan dan pembelaan terhadap guru semakin terhakis. Berita kesalahan guru kerap disensasikan dan diperbesarkan di tv dan akhbar. Natijahnya masyarakat semakin prejudis terhadap guru.

Suatu ketika dahulu seorang guru wanita di Johor ditangkap dan digari tangannya kerana kesalahan merotan pelajar. Ketua Polis Negara Rahim Noor mempertahankan tindakkan pegawainya sehinggakan Cuepacks ketika itu setiausahanya ialah Siva...membuat kenyataan supaya jangan pedulikan soal disiplin pelajar tetapi Datuk Sri najib(Menteri pelajaran) telah memberi amaran kepada guru supaya tidak melakukan demikian.

Berlaku di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.

Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.

Penyebab bagi insiden tersebut adalah kerana guru menampar pipi dan memulas telinga pelajar terbabit yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada salah seorang murid tahun 6 di sekolahnya selepas keluar dari makmal.

Atas sebab tindakan ingin "mengajar" anak murid, guru yang tidak mahu dikenali pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya tindakan bapa pelajar itu?

Lagi berita...
Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar. Guru ini telah menumbuk muka dan menyepak paha guru besarnya.
Kalau guru ini bertindak sebegini, maksudnya kesabarannya telah habis angkara guru besar. Ini kerana ramai juga guru besar dan pengetua menjadi 'gila kuasa dan nak tunjuk kuasa pada orang bawahannya.

Mahkamah Majestret telah menjatuhkan hukuman denda 2 ribu atau penjara sehingga setahun diatas kesalahan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan