Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 Disember 2010

Usah Mengeluh Dengan Takdir Allah swt

Bagi orang yang sakit kuat…badanpun dah lumpuh ia akan mengeluh

-Kalau aku sihat aku nak berjamaah setiap hari di masjid

-Kalau aku sihat aku nak berdakwah merata tempat

-Kalau aku sihat nak baca Quran dan mengaji ilmu setiap hari.

Orang yang sihat pula akan mengeluh

-Esok jadual waktu mengajar padat..kalau sakit kan bagus boleh ambik MC

-Kalau sakit kan best orang beri perhatian pada aku

-Kalau sakit kan bagus,tak perlu buat apa-apa, orang akan tolong buatkan

Orang tak dak kerja akan mengeluh

-Kalau dapat kerja kan best taklah aku bosan macam ni

-kalau dapat kerja kan best,banyak benda boleh buat

-Kalau dapat kerja kan best boleh tengok wayang setiap minggu

-Kalau dapat kerja kan best boleh bawak awek makan-makan.

Orang yang bekerja mengeluh

-Kalau tak perlu kerja kan bagus, duduk goyang kaki.Seronoknya

-kalau tak perlu kerja kan bagus, taklah aku stress dan tension

-Kalau tak perlu kerja kan bagus taklah perlu nak dengar leteran boss kat pejabat.

Kalau tak perlu kerja kan best, bosan sungguh dengan kerja yang sama setiap hari.

Ustaz pun ada yang mengeluh…

-Seronoknya kalau dapat belajar balik taklah teruk-teruk nak mengajar dan berdakwah

-Seronoknya kalau orang tak bertanya taklah pening-pening nak cari jawapan.

-Seronoknya kalau jadi ustaz tak terkenal,pergi kemana pun orang tak ambil peduli




Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

[Surah Al-Baqarah : Ayat 155]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan