Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 Disember 2010

Biasalah tuu...

“Fulamak kenduri rumah Pak Iman siap dengan band,anak dia bersanding macam nak rak.” Biasalah tuu ustaz…kena ikut zaman. “Tengok anak perempuan pakai baju t terangkat tayang pusat.Yang lelaki pulak rambut punk" Biasalah tu ustaz..trend zaman sekarang? Inilah standart jawapan yang diberikan pada saya.

Apabila kita melihat bahawa jahiliah adalah biasa, satu norma masyarakat yg pada kita telah berakar umbi lantas kita tidak merasakannya luar biasa maka hakikatnya hati kita telah mengikhtiraf jahiliah yg wujud di sekeliling kita

Seperti mana kita melihat orang berjalan pakai kaki. Adakah kita akan menegurnya: Eh,kenapa jalan pakai kaki?"

Pastinya tidak bukan? Kita tidak akan menegurnya. Bahkan tak tergerak pun,terlintas pun dalam hati kita untuk menegurnya. Kerana apa? Kerana itu adalah perkara biasa. Lainlah kalau dia berjalan dengan tangan. barulah kita akan risau dengannya dan menegur: "Kenapa buat macam ini? Jalan pakai kakilah."

Begitulah hakikatnya apabila kita melihat jahiliah satu perkara yang biasa. Hati jadi mangli dgn jahiliah,lantas lembik terhadapnya,akhirnya membiarkannya sahaja bergerak bebas tanpa menghalangnya.

Tanpa sedar juga,kita secara tidak langsung redha dengan jahiliah. kita mampu menerima jahiliah itu hidup beriringan dengan kita. Walaupun kita kelihatan masih berpegang pada jalan yang hak. Namun keredhoan pada jahiliah telah wujud dalam jiwa. Dua cinta tidak boleh bersatu dalam satu waktu adalah cinta kepada Allah,dan cinta kepada jahiliah,maka jahiliah akan memerangi kita.

Lama kelamaan,jahiliah yg kita biarkan tadi,yang kita anggap biasa tadi, meluas dan merebak. Oleh kerana kita nampak jahiliah itu biasa,nanti kita akan ambil sedikit jahiliah masuk dalam diri kita. Jahiliah yang kita rasa 'biasa'. Dan lama kelamaan, banyak lagi jahiliah lain pun kita pandang ' biasa' Dan akhirnya kita terserap di dalamnya. Pada ketika itu, jadilah jahiliah itu biasa dan kebaikkan itu luar biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan