Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 27 September 2010

Tak Rasa Penat Ke??


"Ustaz tak rasa penat ke..?" inilah pertanyaan yang sering dilontarkan kapada ku. Malam tadi, soalan ini juga ditanya oleh seorang sahabatku setelah selesai mengendalikan usrah mingguan di tempatku.

Hakikatnya sebagai manusia, rasa letih penat suatu perkara lumrah. Bohonglah kalau tak penat.Kekuatan datang dari semangat. Orang yang bersemangat pastinya ia dapat melawan rasa letih.

Daku terbayang kegigihan seorang warga tua sanggup mengayuh basikal lebih kurang 3 kilometer semata-mata untuk pergi ke tempat pengajian. Lelaki berusia 70han ini mengerahkan seluruh kudrat yang masih ada bersama seorang cucunya walaupun terpaksa berpanas dan berhujan.

"Ustaz..selagi jantung saya berdegup,nadi saya masih berdenyut darah masih mengalir di jasad saya, saya mampu datang...saya tetap akan datang kelas ustaz. kecuali kalau saya tak ada tu bermakna ada keuzuranlah ustaz" Tersirap juga darahku dengan semangat kental yang ada pada diri orang tua ini.

Aku merenung dan terus merenung akan diri ini.Apakah kita boleh tertipu dengan masa. Adakah kita juga akan tertipu dengan keletihan. dan seterusnya apakah duniawi ini akan memperdayakan kita? 24 jam masa yang diperuntukkan Allah kepada kita sebanyak mana amal ibadah yang telah kita lakukan dan sebanyak mana pula kerja lagha yang kita habiskan.

Suatu ketika aku sempat mengunjungi seorang teman yang baru menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar dan berkhidmat di sebuah sekolah agama rakyat."Saya tak sanggup nak mengajar di masjid takut depa tanya macam-macam. Mengajar kat sinipun dah sebok macam-macam nak kena buat. Saya tak dak masa ustaz" Terkedu juga aku dengan jawapan begini bila aku minta dia lapangkan sedikit masa untuk mengajar di masjid dan surau.

Rasanya ujian hidup akhir zaman ini sudah menjadi semakin rencam. Ulamak-ulamak warasatul ambiya' sudah banyak yang kembali ke rahmatullah. Tenaga dua't semakin berkurangan. Alasan yang diberi hanya satu...
Sebok...sebok....sebok

Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan