Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 4 September 2010

Teman Di Padang Mahsyar


Apabila dunia dikiamatkan.Manusia sejak dari zaman Adam hingga akhir zam,an akan dibangkitkan. Mereka akan menuju ke suatu destinasi yang satu iaitu PADANG MAHSYAR.. Tidak mempercayainya bererti kufur dengan Allah. Bayangkanlah betapa dahsyat ketika itu,manusia berhimpit-himpit tidak ada ruang untuk berteduh (kecuali 7 golongan). Riwayat menyebut kepanasannya seolah-olah matahari dunia sehasta dari ubun kepala.Alangkah azabnya duhai teman-temanku.

Umat Islam yang mengerjakan ibadah haji tentu akan merasa bagaimana tidak selesanya berada di Padang Arafah. Ketika saya disana fenomena pertengkaran,pergaduhan kerap berlaku di kalangan jamaah haji meskipun dalam perkara yang remeh temeh. Contoh berebut tandas,tempat tidur yang sempit (1 khemah 12 orang)hatta berebut bas untuk mabit ke Musdhalifah sering terjadi dan ini amat memeningkan petugas-petugas haji.

Itu baru di dunia, di Padang Mahsyar,keringat bercucuran,kepala sentiasa terdongak ke atas. Syafaat dicari, ketika itu nafsi-nafsi. Ibu tidak memperdulikan anaknya begitulah sebaliknya masing-masing membawa diri pasrah pada Ilahi...

Namun akan ada jua teman di Mahsyar kelak sebagaimana satu hadis Nabi Riwayat Bukhari Muslim.

Suatu hari datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah,lantas dia bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah akan berlakunya Qiyamah?Nabi tak menjawab soalan itu,sebaliknya bertanya: Apa pula bekalan kamu untuk menghadapinya?Jawab lelaki itu: Aku tiada bekal amalan yang banyak, melainkan aku amat cintakan Allah dan Rasul-Nya..Nabi bersabda: Sesungguhnya seorang itu akan bersama dengan siapa yang dicintainya (المرء مع من أحب)”

Ya, setiap insan akan bersama dengan siapa yang dikasihinya pada hari Mahsyar..
Anas bin Malik seorang tabi'e sebaik sahaja mendengar hadith ini berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih menggembirakan kaum Muslimin selain dari mengetahui hadith ini..dan aku mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dengan harapan aku dikumpulkan bersama mereka oleh Allah di hari Mahsyar,sekalipun amalanku tidak sama dengan amalan mereka..

Itu kata Anas bin Malek,seorang tabi’i..?Sekarang renung pula diri kita,Apa yang pula yang kita cintai? Kekasih hati? Artis? Harta kekayaan dan anak-anak? Ataukah para ulamak dan orang-orang soleh?

Kita sudah semakin parah.. Anak-anak muda kita dihanyutkan dengan pelbagai hiburan yang merosakkan. Mereka lebih gemar menghafal lirik(kalau-kalau boleh menang dalam rancangan 'jangan lupa lirik') dari menghafal Al-Quran. Artis dipuja-puja dan ulama tak didampingi. Pengalamanku ketika dijemput oleh Persatuan mahasiswa Islam UKM untuk menyampaikan ceramah hanya dihadiri tidak lebih 30 mahasiswa sedangkan konsert yang berlangsung tidak jauh dari dewan ceramah dihadiri ribuan penonton.Argh,parah! Kalau macamni,masakan ada peluang untuk rebut tempat bersama para Anbiya’, sahabat, ulamak dan para solehin di Padang mahsyar kelak. Kuliyah-kuliyah agama terasa panas untuk dihadiri..Ayat-ayat al-Quran dah lama tidak meniti di bibir..Selawat kepada Rasulullah jarang dilafazkan.

Ya Allah, kami ini dah terlalu jauh dari jalanMU, tidak langsung miliki waktu untuk muhasabah diri, ibadah menduduki tempat paling tercorot dalam carta kehidupan..Air mata tidak pernah tumpah apabila mendengar ayat-ayat yang membicarakan kedahsyatan azab nerakaMU..

Ampunilah segala dosa kami Ya Allah..Masukkanlah kami ke dalam syurgaMU yang paling tinggi..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan