Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 18 September 2010

Senyuman Pagi Ahad...


Biasalah setiap tahun sekolah akan ambil gambar kelas. Oleh kerana gambar sekarang ni dah ada yang bersaiz 4R harga kena mahal sikit , RM10 sekeping. Jadi murid-murid darjah 6 Bunga Raya di sebuah sekolah dimana tah sgt berkira nak beli gambar kelas tersebut. Maklumlah sekolah pinggir bandar budak-budaknya bukanlah senang sangat.

Lagi pun dia orang tunggu seseorang yang akan upload gambar kelas dia orang ke Facebook baru masing-masing nak save. Biasalah skrg ni zaman digital, tak mainlah gambar-gambar bersaiz besar.... lagipun tak muat nak masuk dalam album.

Kecewa sebab tak dapat komisyen dari menjual gambar kelas tu, Cikgu Radin memujuk anak muridnya membeli gambar kelas tersebut:


Cikgu Radin : Kamu semua tak faham lagi kegunaan gambar kelas ni pada masa sekarang tapi gambar ni amat bermakna dan menjadi kenangan manis di masa hadapan bila kamu dah bekerja.

Sorang pun takde yang menyahut, lalu Cikgu Radin sambung lagi..

Cuba kamu bayangkan 10 tahun dari sekarang semasa kamu tengok gambar ni dan berkata: ni Siti dah jadi Doktor, ni Sumardy dah jadi engineer , ni Faris dah jadi artis…

Tiba-tiba Ajoi menyampuk dari belakang…..”Ni Cikgu Radin, dah meninggal dunia…kena serang virus cikukunya”

Dan apa lagi, Ajoi pun didenda lari mengundur keliling padang sebanyak lapan round…

Kurang asam punya murid.....Ambik hang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan