Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 16 September 2010

Senyum di bulan Syawal



8 Syawal telah berlalu. Suasana Hari Raya mungkin masih terasa. Hari raya pertama di Kg Batu Hampar dan hari raya kedua di Kg Sg Baru Tanjung Piandang kemudian balik ke Taiping untuk menerima kunjungan tetamu saudara mara dan sahabat handai.

Sehingga pada hari ini masih tak putus-putus tetamu berkunjung ke rumah Alhamdulillah..rasanya tahun ni tak buat rumah terbuka kut macam tahun-tahun yang lepas kerana sepanjang bulan syawal ini rumahku sentiasa terbuka. Datanglah berkunjung insyaallah ada rezeki yang tersedia ada.


Namun begitu kegembiraan syawal janganlah sampai kita berhabis-habisan sehingga ekonomi kita kering kontang terutamanya yang makin gaji. Gaji lambat lagi tau...duit dah habis. Yang penting berbelanja,bersedekahlah mengikut kemampuan. Kadang-kadang ada ahli keluarga kita yang berkemampuan boleh beri duit raya sampai RM50 kita pun nak ikut sama kunun nak jaga standart. Akibatnya masuk Raya kelima kita dah monyok macam beruk mak yek tertelan kapur barus.


Aku terfikir benda ni bila terdengar satu lagu yang berkumandang dalam radio kereta dan aku petik liriknya seperti di bawah ini. ( 3 bait yang dibawah sekali aku tambah)


Hai..habis isi tinggal tulang
Habis padi tinggal jelapang
Habis peluru tinggal senapang...
Ikan mati tinggal kubang
Gajah mati tinggal tulang
harimau mati tinggal belang
Manusia mati tinggal hutang

Ada duit abang sayang
tak dak duit boh peneghajang
jatuh terduduk kaki terkangkang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan