Sememangnya best la ulam-ulam dan sayur2 kampung kita waktu dulu-dulu kita makan.Apa yang menambahkan kebaikannya adalah kesemua ulam dan sayur kita perolehi yang mudah didapati dibelakang rumah kita atau disekeliling kampung kita. Main petik atau ketu ja.Kalau kat belukar atau hutan2 kecil kena thrill la skit mencarinya.
Bunga Ulam Raja
Sayur daun Kaduk
Khasiatnya memperkuatkan tulang
Ulam nii biasnya dibuat masak lemak ataupun nasi kerabu. Nak makan begitu saja pun no problem
Rebung...masak lemak atau gulai daging.

Ubi rebong yang telah dibersihkan
Semasa saya bertugas di kuala kangsar emak angkat saya selalu menghidangkan masakan ini tetapi saya tak begitu menggemarinya...ada bau sikit dan tidak sesuai dengan citarasa saya
Daun Pegaga
Keistemewaannya dapat menguncupkan rahim. Untuk awet muda,melancarkan aliran darah,untuk pertumbuhan rambut dan menguatkan gigi.
Ulam Selum @ ulam silum
Khasiatnya adalah memmberi tenaga dalaman khususnya bagi lelaki
Pucuk betik rebus makan dengan sambal belimbing mentah sedikit pahit tapi terangkat.tak jumpa jual kat mana-mana restoren...makanan klasik tau..khasiat pucuk betik dapat membantu sistem penghadaman
Ulam-ulam ini tak payah ulas..semua dah tahu. Tapi sambal belacan tu kalau cili padi alamat berdengung telinga
![[kerdas.jpg]](http://4.bp.blogspot.com/_i7mnvecPm74/SAgTXtanEtI/AAAAAAAAAmI/4iV-R17U_q0/s1600/kerdas.jpg)
Kerdas @ Geduak
Yang ini kalau hangpa makan jangan duduk dekat aku,terlepas bom angin boleh pengsan oo
Busuk-busukpun rasanya lemak..pembuka selera makan.Khasiatnya baik untuk buah pinggang,memperbaiki pembuangan air kecil dan memperkuatkan tulang

Terung pipit
1. Mengubati sakit kepala
2. Mengubati sengal-sengal badan
3. Taun dan cirit-birit
4. Mengurangkan demam panas
5. Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
6. Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian
yang berkenaan.
7. Menurunkan tekanan darah tinggi
2. Mengubati sengal-sengal badan
3. Taun dan cirit-birit
4. Mengurangkan demam panas
5. Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
6. Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian
yang berkenaan.
7. Menurunkan tekanan darah tinggi

Buah Putat
Rasanya kelat,khasiatnya dapat mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim
Pucuk gajus khasiatnya membersihkan darah
Khasiat petai mengurangkan kencing manis,darah tinggi,kembung perut,membersihkan usus dari kolestrol
Kalau kepala suka pening atau migrin rajin-rajinlah makan ulam ini Pucuk Mengkudu. Hanya orang yang tahan pahit sahaja sanggup makan
Ini adalah sebahagiam dari ulaman yang dapat dicatatkan.Sesungguhnya terdapat 120 jenis lagi ulaman yang terdapat di Malaysia.
Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah
dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan