Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 11 September 2010

Nikmat Aidil fitri Yang Semakin Hilang...


Hari ini adalah merupakan hari kedua kita merayakan aidil fitri. mungkin ada di antara kita yang sudah memulakan puasa sunat di bulan syawal atau lebih dikenali sebagai puasa enam.Namun begitu bagi diriku hari ini masih lagi sebok mengunjungi ahli keluarga dan sahabat handai.

Kenikmatan syawal rasanya sudah semakin hilang bersama dengan peredaran zaman yang semakin berubah. masih ku ingat ketika zaman kanak-kanak dahulu malam syawal adalah malam yang paling meriah.Masjid dikunjungi oleh pelbagai lapisan usia,kanak-kanak,remaja sehinggalah golongan tua berkumpul untuk solat berjamaah diikuti dengan bertakbir sambung sinambung. Selesai bertakbir di masjid diikuti pula dengan bertakbir dari rumah ke rumah disamping membaca doa selamat.

Bagi kanak-kanak ketika itu juga mereka diberikan duit raya walaupun hanya 5 sen atau 10sen sahaja tetapi cukup bernilai dan amat dihargai. Kadangkala program ziarah pada malam raya berlarutan hingga jam 12 tengah malam. Bagi kaum wanita terutamanya ibu-ibu mereka bertungkus lumus menyediakan kuih muih hari raya seperti dodol,wajik,bahulu,kuih bakar,kuih bangkit (sebahagian yang saya dapat sebut di sini) semuanya hasil adunan tangan sendiri. Pada wajah mereka nampak kepuasan,keseronokkan dengan juadah yang disediakan untuk tetamu yang hadir.

Amalan kunjung mengunjung begitu akrab,suasana ukhwah begitu terserlah. Dulu tidak ada amalan rumah terbuka,bagi mereka sepanjang syawal terutama dua minggu pertama hari raya rumah sentiasa terbuka datanglah bila-bila masa setiap tetamu pasti dilayan dengan sebaik mungkin.

Di pagi syawal anak-anak mula berkumpul di hadapan ayah bonda,mendengar beberapa nasihat kemudian memohon ampun pada ayah bonda,dan masih ku ingat ketika ayah masih hidup dulu...ayahlah orang yang pertama menangis di pagi syawal menasihati anak-anak,mendakap dan mencium anak-anak. Setelah bersalaman memohon ampun pada semua sanak keluarga barulah sama-sama menghadapi juadah di pagi raya. Tak dapat dibayangkan alangkah indahnya syawal ketika itu.

Selesai solat Aidil fitri sekali lagi jamaah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan amalan ziarah rumah ke rumah. Boleh di katakan hampir keseluruhan rumah dapat diziarahi pada ketika itu. Bayangkan ketika masih kanak-kanak dulu,aku hanya kembali ke rumah hampir-hampir waktu maghrib (sehari suntuk berjalan)


Hari ini,kita merasakan keberkatan dan nikmat syawal sudah semakin menghilang. Anak-anak lebih suka mengadap television dengan rancangan-rancangan hiburan yang disediakan. Ibu-ibu sudah tidak ada masa untuk membuat kuih lantas jalan mudah kuih muih yang disediakan semuanya kuih tunjuk-tunjuk. Mulanya memang tak faham juga kenapa dinamakan kuih tunjuk-tunjuk...rupanya kuih yang di beli..tunjuk dengan jari sua duit kepala agung.Rupanya itulah kuih tunjuk-tunjuk.Rasanya sama sahaja pada setiap rumah yang dikunjungi.

Kanak-kanak seolah-olah meletakkan nilai pada setiap pemberian duit raya. Kalau dalam sampul hanya ada seringgit,tengok kita pun lain macam jee..mungkin hati kecilnya berbisik,kedekut pak cik ni..bagi seringgit je. Paling-paling kurang pun dua atau tiga ringgit. Apa nak buat zaman dah berubah.

Bagi remaja,kalau ada motorsikal sudah dikira hebat. Boleh sms dekat awek ajak dating mana-mana tempat.Kesempatan ketika saya balik dari Tanjung Piandang menuju ke Taiping bertemu dengan sekumpulan remaja motor siap dengan remaja perempuan membonceng di belakang berpelukkan pulak,memang sakit mata memandang. Rasa macam nak berenti tepi jalan nak sekeh kepala sekor-sekor..tak tau malu langsung.

Bila fikirkan balik,inilah ujian akhir zaman. Islam hanya tinggal nama.Sistem Islam diperlecehkan. undang-undang Islam tak diguna pakai..natijahnya lahirlah generasi yang runtuh akhlaknya. Umat Islam hina di mata dunia maka jadilah kita seperti hidangan lazat manis yang dikerumuni semut dan lebah. Keberkatan hilang entah kemana dan kenikmatan sudah tidak terasa lagi..malangnya nasib dunia akhir zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan