Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 27 September 2010

NASIB MALANG SEORANG FAKIR...

Datuk Dipenjara 10 Hari Kerana Curi Makanan Untuk Cucunya

by HermanSamsudeen in Cerita Teladan, Keluarga&Masyarakat

Simpati dengan nasib datuk ini kerana beliau terpaksa merengkok selama 10 hari dalam penjara hanya kerana mencuri makanan untuk keluarganya yang hidup miskin ditengah Metropolitan ini. Nilai yang dicuri hanya RM99.22, tapi beliau terpaksa merengkok selama sepuluh hari.


Bagi orang seperti ini mereka tiada pilihan selain melakukan jenayah itu kerana kalau diminta pun, belum tentu tuan kedai bagi. Patutnya hal sebegini tak perlulah laporkan pada polis dan bawa kepada Mahkamah. Polis dan Mahkamah juga sepatutnya merujuk kes ini kepada Jabatan kebajikan masyarakat supaya keluarga mereka boleh dibantu, bukannya terus dihukum.

Dalam penjara mungkin datuk ini dapat makanan percuma setiap hari, tapi bagaimana dengan keluarganya yang masih susah? Masyarakat semakin hilang rasa kasih sayang dan mahu membantu orang-orang seperti ini.

Dalam undang-undang hudud Islam, pencuri seperti ini tidak akan dihukum potong tangan, malah WAJIB bagi pemerintah untuk memberikan bantuan kepadanya dan mengembalikannya kepada keluarganya. Tindakannya dianggap sebagai tindakan terdesak kerana kelalaian pemerintah menjaga kebajikan setiap rakyat. Pemerintah hari ini masih boleh makan mewah, tapi rupanya rakyat kita ada yang terdesak untuk mencuri kerana tiada makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan