Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 September 2010


Ingatlah: Sekali peristiwa pagi Raya semasa Nabi SAW masih hidup:

Dalam suasana hari raya, Rasulullah SAW pernah mengajarkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. Ketika baginda SAW selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT dan anjuran untuk mentaatiNya, baginda SAW pun bangkit mendatangi kaum wanita,
Baginda SAW menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat.

Baginda SAW bersabda: “Bersedekahlah kalian! Kerana kebanyakan kalian adalah bahan kayu bakar Jahanam ! ( NERAKA )”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya:
“ Mengapa demikian, wahai Rasulullah? ”
Baginda SAW menjawab dengan bersabda :
“Kerana kamu sekalian banyak mengeluh dan kufur ( engkar ) terhadap suami!” ( Riwayat Bukhari ).
Dari hadith di atas, salah satu penyebab saranan untuk wanita bersedekah adalah kerana ramainya dari kalangan mereka yang menjadi bahan bakar neraka Jahanam kerana akhlak dan kelakuan buruk mereka terhadap suami masing-masing

sebahgian suami masakini disebabkan JAHIL, mereka jadi 'pendiam dan menurut sahaja kemahuan isteri' bagaikan mereka redha dan dianggap pula baik oleh isteri jahil pula, padahal, jiwa mereka sebenarnya jadi bengung disebabkan KEJAHILAN AGAMA serta takut kepada 'makhluk' atas sebab kedudukan atau maruah, mereka sanggup jadi 'dayus' oleh isteri isteri yang jahil agama juga.
Kebanyakan masyarakat masikini, melihat dan menganggap keadaan rumahtangga sedemikian aman tanpa kecuh, yang dianggap masing-masing 'give and take' lagi sama-sama faham-memahami,
sedangkan .... kedayusan suami jahil oleh karena isteri jahil juga, menjadikan kedua-duanya dalam kemurkaan Allah SWT, sekalipun di dunia pada anggapan umum... itulah rumahtangga bahagia.
Padahal:
keadaan sedemikian adalah dalam kemurkaanNya
kerana;
SUAMI DAYUS TERJAUH DARI SYURGANYA,
APA LAGI ISTERINYA, kedua-duanya sama saja.

Walau ia nampak sungguh harmunis dan romantis pada pandangan mata dan kesukaan mereka 'yang sakit imanNya',
disisi Allah tetap sebagai suami-isteri yang 'bermasaalah' di dunia maupun di akhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan