Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 15 September 2010

Akhi...Ukhti..Berfikirlah sejenak


Firman Allah yang bermaksud
"Dalam Penciptaan langit dan bumi..serta silih bergantinya siang dan malam adalah tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir"

Saya memetik ayat ini untuk kita sentiasa merenung dan muhasabah diri sejauh mana kita telah mengunakan segala nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.

Allah kurniakan nikmat mata untuk melihat. Apa yang kita lihat?? Yang maarufkah atau yang mungkarkah? Mata hanya berguna apabila ada cahaya. Tanpa cahaya secantik manapun kurniaan mata tidak berguna sama sekali. Kita hanya melihat kegelapan yang pekat.

Ada cahaya,ada sinar tetapi mata telah rosak atau buta pun sudah dianggab kita kehilangan nikmat melihat. Justeru mata umpama akal. Akal yang sihat ialah akal yang sentiasa berfikir dan dipandukan dengan ilmu wahyu. Ilmu yang diterima akal diterjemahkan dalam bentuk amalan hati dan perbuatan. Contoh apabila kita mmembaca Al-Quran,hadis tentang sesuatu kejadiaan Allah,tentang pembalasan Allah ataupun fenomena akhir zaman cepat hati kita tersentuh,rasa gerun,rasa mahu berubah menjadi insan yang baik ini menunjukkan akal kita sihat dan termasuk dalan istilah ulul al-bab.

Tetapi sekiranya kita sekadar suka membaca,melihat pelbagai penulisan dalam blog dengan gambaran video,gambar serta kajian ilmiah tanpa ada terasa sedikitpun sentuhan dalam hati bermakna samalah seperti mata yang rosak meskipun cahaya diluar terang benderang.

Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan cahaya kepada sesiapa yang tidak mahu kepada cahaya Allah (surah An-Nur ayat 41)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan