Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 1 September 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Rabu 1 Sept 2010)


Alahai...lemahnya imanku Ya Allah..

10 terakhir Ramadhan Rasulullah saw mempertingkatkan lagi ibadah,sehinggakan baginda terus berikhtikaf di Masjid dan tidak kembali di rumah.Begitu juga para sahabat baginda.
Bagi diriku rasanya amat jauh sekali,dipenghujung Ramadhan ini ujian makin hebat.Semangat nak bangun sahur pun rasa malas,sedangkan itu sunnah Rasulullah. Apatah lagi anak-anak bersahur nak suap makanan ke mulut pun dah tak larat..mata dok terpejam nasib baik tak tersuap ke lubang hidung. Kadang-kadang aku senyum sendiri melihat karenah anak-anak. Bagi mereka juadah sahur yang paling enak ketika itu ialah bantal busuk.
Semangat bartarawih pun kita lihat masjid surau makin berkurangan jamaah.

Alhamdulillah banyak juga masjid dan surau mula menganjurkan program Qiamullail. Bagi diriku rasa lebih selesa dan lebih afdal jika kita buat secara bersendirian. Tetapi kerana maslahah umumiah harapan orang ramai juga terpaksa dipenuhi.

Musafir ilmuku semalam di Anak kurau,bergegas balik kerana taklimat Qiamullail di Masjid Al-Hidayah Asam Kumbang jam 11 malam.Dengan hujan lebat lagi,sampai sahaja dah ramai jamaah yang menunggu.

Tahun ini cuba buat sikit perubahan iaitu di awalkan solat tasbih kerana Solat ini memakan masa yg agak panjang. Tahun lepas ada yg tertidur ketika sujud (alif tak keluar..Ba tak keluar yang keluar di mulut huruf Ho..ho.ho..Rupanya sampai berdengkur tidur) Jadi tukar, buat awal sebelum tidur alhamdulillah tak dak masaalah.

Solat hajat dan solat taubat serta munajat jam 3.30 pagi. Jamaah yang hadir dalam 40 orang termasuk muslimat.Oleh kerana kurang tidur besoknya (Rabu hari bekerja pula)badan rasa lemah,tangkap habis urat sendi. Kesian murid-muridku siap bawa Quran nak bertadarus bersama tapi aku dah tak larat,biji mata pun dah beketui nampak bintang-bintang aku suruh mereka tadarus sendiri.

Balik ke rumah jan 5.30 petang tak pernah aku tidur lepas asar (memang tak elok pun)aku kecundang akhirnya tertidur atas sofa hingga dekat waktu berbuka. Astaqfirullah lemahnya imanku..layakkah aku ini ke Syurga-Mu.

Buat teman-teman yang dikasihi kuatkan semangat dihujung Ramadhan.Ambillah segala fadhilat yang sedia terhidang...Tahun hadapan kita tidak pasti..adakah lagi Ramadhan untuk kita.

Maaf buat yang melayari blog kongsi ilmu ini kerana faktor kekangan masa mungkin tidak banyak bahan baru yang dapat dimuatkan dalam blog buat sementara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan