Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 12 September 2010

Bumi Ambiya ..Palastin bilakah deritamu akan berakhir

cerita daripada seorang pemberita sebuah stesen tv swasta, Razali Awang yang turut serta dalam missi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ni. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di sana yang padanya pengalaman ini tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayatnya.

Pada Razali, Mesir adalah sebuah Negara Firaun moden. Nama sahaja Negara Islam tapi, pemimpinnya dah mengamalkan dasar-dasar tersangat sekular. Mereka di Negara ini sanggup kencing di dinding-dinding masjid dan pemimpinnya sanggup menyekat sempadan yang hanya satu-satunya jalan untuk ke Gaza .


Makanan dan ubatan semua rosak dekat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir dan Gaza ini hanyalah 14km sahaja panjangnya. Kalaulah sekatan ini tidak dilakukan tentunya rakyat Palestine tidak akan kebuluran... Bagaimanapun, Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas.

Inilah sikap biadapnya Negara Mesir yang mempunyai manusia tidak berhati perut. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang di interviewnya, mengatakan Malaysia tiap Jumaat dibacanya Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine.

Di Mesir, berapa banyak checkpoint terpaksa dilalui dengan peritnya. Ada yang meminta rasuah, untuk 500meter perjalanan dengan bas dikenakan caj sehingga RM70!!!, tetapi dengan pertolongan Allah SWT, semua halangan dapat dilepasi. Memang jelas Mesir adalah Negara bersekutu kuat dengan Negara kafiaq Amerika and Israel.

Gaza ( Palestine ) pula terbahagi kepada dua iaitu Hamas dan Fatah. Sebelah Fatah ada kasino! Mengikut kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila mendengar yang ini).

Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan Mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan friendly as compared to other Arabs khususnya yang dekat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan di sini (lupa nama ..tapi dia mentionHashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .Boleh kalahkan seperti Los Angeles kalau tidak ada peperangan..

Sementara Hamas pula memang mempunyai kalangan yang rela mati untuk mati syahid. Rela mati bila-bila waktu sahaja. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang mengucapkan "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.


Tulang2 yang melekat pada dinding bangunan rosak, tidak busuk walaupun sudah berminggu-minggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. Punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil, kononnya itu tempat simpanan senjata. Hamas ada 25,000 orang. Tidak ada senjata canggih tapi yang mati hanya 100 orang lebih sahaja! Hamas ini beroperasi di bawah tanahand they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni seorang mati, esok lahir lagi seorang bayi!

Israel adalah Negara yang memang pengecut sebab tidak berani berperang satu lawan satu dengan Hamas, hanya bernai duduk dalam kereta kebal sahaja. Lepas tu serang menggunakan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tahu Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel ini memusnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ini makan masa bertahun-tahun hendak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebuluran dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak pernah hendak ikut! Adaback-up besarlah dibelakang katakana!

Sementara itu, Rakyat Palestine Sedih dilihatnya. Mereka merebus rumput untuk jadikan makanan sebab dah tidak ada makanan lain. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit atau lain-lain pembedahan terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tidak ada. Razali kata tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-jerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus. Sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata sudah tidak ada apa-apa yang tinggal lagi… semuanya sudah menjadi abu!!! Ada yang nampak serpihan tulang di sana sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.


Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi, antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA adalah negara jiran yang paling dekat dengan kita...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel!

Aduhai saudara-saudaraku, kita terus doa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan