Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 3 Ogos 2010

Ulat Bulu -Sengsara Aku Keranamu...



Hari sabtu lepas,ziarah Mak kat Kampung Bt.Hampar sempatlah meninjau-ninjau kebun sawitku di Kg.Matang Merbau.Pelepah sawit yang dipotong disusun di tepi supaya nampak cantik. Seronok juga berkebun, Keluar peluh, hati tenang fikiran pun lapang setelah penat bekerja. Apatahlagi mendengar siulan burung dan kokokan ayam hutan... kalau boleh nak pencen awal.
Tak sedar aku rasa gatal di belakang tengkok dan aku gosok berkali-kali. makin lama semakin gatal dan rasa gatal itu mula merayap keseluruh tubuh. Aku rasa sangat panik dan bergegas balik. Rupanya ulat bulu telah menyerangku. Gatal sengatan ulat bulu susah nak cerita melainkan orang yang pernah merasainya. Sehingga ke kulit kepala.
Mak beri ubat panas belalang dewa. Bila gosok dengan ubat aduhai panasnya ubat menggelupur aku dibuatnya. Berdiri rasa nak rebah, sekejap baring..sekejab duduk. Inilah penangan ulat bulu. Rupanya petua kena sengatan ulat bulu lumur badan dengan garam,insyaallah sembuh. Petang agak lega sedikit walaupun badan masih lebam-lebam merah.Ingat nak kansel kuliah Maghrib di Masjid Felda Ijok tapi dah janji dengan Mie (kantin sekolah) dia nak ikut sama rasanya aku kuatkan semangat lagipun bengkak,lebam hanya dibadan bukan di muka. Berkali-kali aku pandang cermin ohh masih hensom lagi no problem...
Ada satu lagi ulat bulu,ni lagi bahaya namanya ulat bulu kepala hitam..yang ni aku tak mau cerita bab ni ustad Man boleh cerita...

1 ulasan:

  1. Ustad Man kata ulat bulu albino lagi bahaya ustaz,pantang tgk anak dara je,semua lawa.Silap-silap,lembu kalau bagi pakai tudung pun dia kata lawa

    BalasPadam