Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 31 Julai 2010

Lemah semangat jangan tengok


Pengalaman mengajar di Sabah banyak benda pelik yang saya dah jumpa. Itulah mahalnya pengalaman tak boleh dijual beli. Kalau kena posting dekat rumah memanglah senang tapi pengalaman kurang.

Kadang-kadang orang susah nak percaya bila saya sentuh dalam ceramah atau kuliah. "Betulkah ustaz nii entah-entah dia kalentong kita bulat-bulat" Suara-suara sinis begini mungkin menyelinap masuk dalam hati.

Saya mempunyai pengalaman melihat MAYAT BERJALAN setelah bebarapa hari terbaring kaku.Pelik kan?? mayat dipuja dengan mentera tiba-tiba bangkit,berjalan dan memanjat bukit tanpa dipimpin untuk pergi ke tempat persemadiannya. Pantang larangnya jangan ditegur jika tidak kita sendiri yang kena angkat. Memang menyeramkan dengan bunyi gendang lagi.

Saya tidak pelik kerana walaupun dari jauh saya nampak seolah-olah mayat itu berjalan tetapi sebenarnya ia dipimpin oleh satu kuasa halus yang kita tidak nampak. mungkin syaitan atau jin.
Allah yang Maha Mengetahui.

Khabarnya amalan ini dilakukan oleh kaum Torajja yang sebahagian besarnya masih menganut fahaman pagan. Yang penting kita kena yakin ada makhluk lain di bumi Allah yang kadangkala boleh menggugat keimanan kita. Adakah anda berani mengajar di tempat ini..????

2 ulasan:

  1. ustad Man kepala masam,jgn kata hantu,puak pemberontak Tamil Elam pun takut

    BalasPadam
  2. saya pnah dgar citer mcm ni..tp x penah nmpak bukti bergambar atau video.. kalo en. blogger ada lg bukti bergambar dan video, siarkanlah utk tatapan umum yg ingin mengetahui lebih...

    BalasPadam