Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 29 Julai 2010

Kenangan Mencuit Hati


Ramadhan bakal menjelang tiba. Tentunya kemeriahan Ramadhan menggamit hati insan yang bertaqwa. Antara yang paling terasa ialah di malam hari kita dapat solat tarawih berjamaah. Tua muda, muslimin dan muslimat berduyun-duyun ke masjid surau untuk berjamaah. Laungan selawat atas Nabi bergema saban malam.
Namun begitu tarawih bukan satu adat tetapi ibadat. Buatlah sesempurna mungkin.Pengalaman sebagai dai'e adakalanya menyentuh hati dan mencuit perasaan. Saya pernah berbahas dengan salah seorang imam nun jauh di Malaysia Timur menyatakan solat tarawih lagi cepat lagi banyak pahala, kononnya dia berguru pada ustaz dari Indonesia dan selatan Filipina. Hebat tuu.. Tapi bila ditanya mana hadis dan kitab sumber rujukan tak juga diberitahu.
Solat 20 rakaat campur 5 witir boleh selesai tak sampai setengah jam. Solat ekspres tu nama nya. Berbanding usia saya ketika itu terlalu muda untuk meyakini imam yang berusia lebih 50han dan tentunya lebih banyak pengalaman. Saya ambil keputusan untuk solat bersendirian kerana saya tak mampu untuk mengejar iman.
Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada hambanya, apabila satu malam imam tak sedar kain yang dipakainya boleh terlucut (kain pelikat buatan indonesia buatannya agak licin) Yang peliknya makmum tak sedar termasuk saya apatah lagi kedudukan saya agak jauh dari imam. Selesai fatihah pertengahan surah baru tok bilal perasan, Saya dengar bunyi masya-Allah, bila imam sedar cepat-cepat dia turun ambil kain dan bangun teruskan solat dengan menyambung bacaan surah. Inilah yang dikatakan jahil atau bodoh sombong bukankah pergerakkan itu sudah membatalkan solat??? Hati kecil saya berkata nasib baik makmum sedar ketika berdiri dibuatnya ketika rukuk atau sujud kan laghi susah jadinya. Ingatkah Allah sendiri ada berfirman mafhumnya"Adalah manusia itu dijadikan Ajula (gopoh)

Kisah (ii)

Lebih kurang jan 4 petang telefon di rumah berdering. "Ustaz.. boleh tak datang bagi tazkirah kat Masjid kami" Satu suara agak sayup kedengaran. Saya beritahu saya tak dapat datang kerana bertugas jadi imam dan pentazkirah di sebuah surau berhampiran."Tolonglah ustaz bukan apa tolong nasihatkan anak-anak muda yang datang solat tarawih tetapi menganggu ketenteraman jamaah masjid" Saya bersetuju untuk datang besok dan saya sudah ada bahan untuk saya tazkirahkan kebetulan tazkirah akan bermula selepas 4 rakaat solat tarawih. Memang betul apa yang diperkatakan tidak semua yang datang ke Masjid untuk bersembahyang tetapi datang untuk bersembang-sembang sahaja sehingga suara gelak tawa mereka sesekali kedengaran di dalam masjid.. Ironinya apabila bilal berselawat "Subhanamalikil Maa'bud" Beberapa anak muda belasan tahun menyahut "Lepas makan kita cabut...'lebih nakal lagi bubur kacang yang masih berbaki di dalam periuk dituang dalam kasut jamaah Masjid..Amat malang jika kenakalan sebegini tidak dibendung. Anak-anak remaja sebegini harus didekati dan saya kira dakwah secara fardi adalah lebih berkesan untuk membentuk akhlak mereka. Wallahuaklam

Nukilah Hj Saidin Hj Hasnam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan