Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 6 Januari 2013


JANGAN BEKUKAN AIR TIN DI DALAM PETI AIS


Tolong ingatkan adik-adik kita, bukan setakat memanaskan air tin tetapi membekukannya pun tidak boleh.

Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.

Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/01/jangan-bekukan-air-tin-di-dalam-peti-ais.html#ixzz2HFH11159

Tiada ulasan:

Catat Ulasan