Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 22 Januari 2013

Bolehkah aku mandikan jenazah suamiku ini...?


Terdapat suatu kisah di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata
“Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.

jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan