Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 7 Januari 2013

Berapa kali hang masuk Islam...???


Satu sindiket menipu dengar cara memeluk Islam oleh satu keluarga kaum India yang diketuai oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada keluarga tersebut Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073--02-5484, kini sudah terbongkar.

Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali dengan tujuan untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam dinegara ini.

Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, Selangor

Kali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, Selangor

Kali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, Selangor.

Kali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor

Terkhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi Selangor pada 4/01/13.

Caranya ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan iman masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk ugama Islam.

Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memebrikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan