Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 15 Januari 2013

Ada ketikanya kita perlu cerdik dalam dakwah.


Saya pernah berdepan dengan jemaah pengajian saya yang agak agresif, sering mengingati saya "Ustaz...dalam kuliah nanti ustaz bantai kaw-kau  biar depa sedar kediri..tak payah dok selindung-selindung lagi...Laa nie tak dak masa nak ceroi-ceroi lagi, hantam saja ustaz.."

Saya juga teringat kata Tuan Guru Nik Aziz dalam satu pertemuan "Enta kena bijak...pendakwah bukan penghukum" Saya akur..kadangkala kita cepat menghukum seseorang tanpa menerangkan terlebih dahulu. Saya bukan ustaz cari makan dengan jual agama demi kepentingan dunia. Tapi saya rasa amat bahagia bila melihat orang yang suatu ketika jahil agama menjadi  taat dan patuh pada agama kerana dakwah yang kita sampaikan.

 Kita ambil satu contoh satu kisah seorang yang bijak dan cerdik dalam nak menyedarkan hati manusia tanpa mengguriskan hati sesiapa.

Ketika tinggal di kawasan Kampung Melayu Subang dulu saya sering menunaikan solat ke surau. Surau tersebut mengadakan kelas Al-Quran pada kanak-kanak yang tinggal di kawasan tersebut pada sebelah petang. Kebiasannya ia berlanjutan sehingga masuknya waktu magrib.

Setiap kali melalui pintu pagar kelihatan seorang bapa sedang duduk atas motor menunggu anaknya keluar habis mengaji. Dia selamba saja menunggu walaupun orang sedang solat berjemaah magrib di dalam surau. Sebaik saja anaknya selesai dia akan membawa anaknya pulang dan begitulah setiap hari.

Siapa tak rasa pelik dengan sikap begitu. Kalau dia hantar anaknya mengaji, sudah tentu dia seorang muslim. Nak kata dia uzur, dia adalah seorang lelaki. jadi apa yang tak kena dengan bapa ini?

Pada mulanya saya rasa meluat dengan sikap hebatnya itu. Kemudian saya terfikir perasaan tersebut timbul daripada rasa perasan saya bahawa saya lebih baik daripadanya. Ada perasaan berlagak mengembang dalam hati yang saya lebih bagus darinya.

Apa yang saya buat adalah cuba membuang perasaan rasa diri sendiri bagus terlebih dulu. Memang sukar rupanya dan saya akui tak boleh buat begitu.

Saya berlakon seolah-olah saya tak perasa dia saban hari berada di depan surau menunggu anaknya dan sengaja lalu betul-betul berhampiran dengannya ketika mahu masuk kawasan surau. Sebaik saja dekat, saya bertanya soalan atau bercakap sambil lalu padanya berdasarkan kesesuai seperti:
  • Orang dah iqamah ke abang?
  • Orang dah mula solat ke abang?
  • Dah lama ke solat bermula?
  • Eh dah iqamah, jom cepat masuk...?
Begitulah soalan-soalan contoh yang sengaja saya bualkan secara sambil lalu setiap kali melaluinya.

Satu hari, dia tidak ada lagi di depan pintu pagar surau tersebut dan saya tercari-cari di mana dia menunggu. Mungkin dia rimas dengan soalan-soalan sengaja saya, terasa, lalu menjauhkan diri dari kawasan lalauan saya.

Begitulah fikiran buruk saya yang masih lagi rasa orang lain lebih teruk dari diri sendiri. Tetapi apabila masuk ke surau kelihatan abang itu sedah menyertai jemaah bersolat Magrib bersama.

Sejak itu saya lihat dia menjadi ahli tetap berjemaah, mengikuti semua kuliah yang diadakan di surau dan yangh lebih penting sekali dia sentiasa lebih awal dan lebih istiqamah daripada saya. Saya pula yang sepatutnya rasa malu padanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan