Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 5 September 2012

Kalau dah panas baran inilah jadinya...


Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman malam tadi.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut.
    
"Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum itu pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
    
Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
    
"Selepas pergelutan itu suspek yang berusia 37 tahun terus melarikan diri. Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badan," katanya.
    
Manoharan berkata suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 4.15 pagi tadi di Kampung Telaga Papan, Kemaman.
    
Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.
    
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan