Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 5 Julai 2012

Rugi ooo...hangpa tak kahwin..


Seorang solehin dahulunya jika ditawarkan supaya berkahwin pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Kahwinkanlah aku, kahwinkanlah aku."

Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta kahwin padahal selama ini engkau sentiasa menolak?"

Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat."

"Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku.

Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu mencelah-celah di kalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu.

Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata; berikan padaku kerana aku juga sangat haus. Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata; anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada ibu dan ayah kami. Aku pun bertanya; siapakah kamu? Jawab mereka; kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan