Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Julai 2012

Hanya semangkok Mee goreng


Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya. Kerana terlalu marah Ana keluar dari rumah tanpa membawa apa pun. Dalam perjalanan perut terasa lapar tetapi Ana tidak membawa wang. dihadapannya ada sebuah warung menjual makanan. Ana hanya mampu berdiri melihat-lihat sambil diperhatikan  oleh pemilik warung seorang tua seusia ibunya.

"Nak...makcik tahu kamu sagat lapar...mungkin kamu tidak ada wang untuk membeli makanan ini. Jangan bimbang anakku ...Mak Cik belanja kamu makan ambillah sepinggan mee goreng ini.." Segera mak cik tua itu mencedok mee goreng yang baru dimasaknya dan dimuatkan ke dalam pinggan .

Ana terlalu lapar segera disuapkan ke mulutmya mee goreng itu. Ketika itu juga timbul perasaan halus dalam dirinya. Ia terhenti mengunyah. Ia terasa sebak, air matanya mula menitik

“Ada apa nak?” tanya si pemilik kedai. “Tidak apa-apa, saya hanya terharu” jawab Ana sambil mengesat air matanya.
“Mak cik  baru sahaja saya kenal ...tetapi mak cik begitu baik   membelanja  saya makan  mee goreng, tetapi, ibu saya  sering memarahi saya .  katanya kepada pemilik kedai. 


Setelah mendengar perkataan Ana, Pemilik kedai menarik nafas panjang dan berkata, “Nak mengapa kamu berfikir seperti itu?  mak Cik  hanya memberimu semangkuk mee dan kamu sudah jadi terharu Sedangkan Ibumu telah memasak nasi untukmu saat kamu kecil lagi sampai di saat ini, mengapa kamu tidak berterima kasih kepadanya? Dan kamu  malah bertengkar dan  meninggalkannya” 

“Mengapa aku  tidak terfikir? Untuk sepinggan mee goreng ini ...dari orang yang baru aku kenal, aku begitu berterima kasih, tetapi kepada ibuku yang memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak memperlihatkan kasih sayangku padanya . Dan hanya kerana   persoalan yang  kecil , aku sanggup bertengkar dengannya." Bisik hati kecil Ana 


Segera Ana menghabiskan mee gorengnya, lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya. Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yang harus diucapkan kepada ibunya. Apabila  sampai di muka  pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas. Memeluk dan mendakap Ana dan  kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana.... kau sudah pulang, Mak telah menyediakan  makanan untuk kamu tentu kamu lapar... makanlah dahulu sebelum kamu tidur, nanti...makanan akan menjadi sejuk jika kamu tidak memakannya sekarang”. 
Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisnya dan ia menangis dihadapan ibunya.

Suatu ketika, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain di sekeliling  kita disebabkan  suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita. Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita (keluarga kita) khususnya orang tua kita, sepatutnya  kita harus ingat bahwa kita wajib berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita.

Seringkali kita menganggap pengorbanan mereka merupakan suatu proses alami yang biasa saja; tetapi kasih dan keprihatinan ibu bapa kita adalah hadiah paling berharga yang diberikan kepada kita sejak kita lahir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan