Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 22 Julai 2012

Mahukah anda solat di Masjid sebegini rupa


“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:54) 


Dalam satu hadis dalam kitab 40 hadis akhir zaman Rasulullah menyatakan bahawa akhir zaman nanti mesjid-masjid akan dibina tersergam indah namun kosong dari hidayah dan pertunjuk. Alangkah selesanya masjid di tempat kita  dengan karpet yang tebal berhawa dingin dengan lantai mosaic berlampu gantung umpama mahligai tetapi yang berjamaah boleh di bilang dengan jari itupun kebanyakkannya dipertengahan umur ataupun warga emas.


Bayangkan penduduk yang tinggal di Republik Togo, Afrika Barat tanpa sebarang bantuan bahkan mereka ini baru sahaja memeluk agama Islam dengan kesungguhan dan kegigihan mereka  telah membina Masjid  daripada sabut kelapa. Bayangkan betapa susahnya mereka tetapi semangat mereka sangat kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan