Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 15 Julai 2012

Aku tak berhasrat langsung nak mengejar DGA...


Banyak juga teman yang ucap tahniah kerana aku dapat tawaran sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bukan senang nak dapat orang lain habis beribu-ribu ,buat pinjaman PTPTN,jual kereta motor tapi aku hanya bayar pendaftaran masuk sahaja.

Nak kata seronok dengan tidak tu sama banyak. Seronok mungkin  dapat menambah ilmu dari  tenaga pengajar pensyarah dan profesor. Tak seronok mungkin aku terpaksa menangguhkan pengajian dan kuliahku di masjid-masjid dan surau yang telah sebati dengan jiwaku khususnya untuk bekal amal jariahku di alam barzah kelak..

Petang tadi pun dalam satu kuliah muslimat aku lihat ada yang  kesat-kesat air mata bila aku sebut nak tawakuf kuliah. Kadangkala kita terpaksa korbankan hak kita demi orang lain...namun kita terpaksa lakukan juga kerana Nabi kata... proses pembelajaran itu dari buaian hinggalah ke liang lahad. Bagi aku bukan title sarjana, PHD yang diburu dalam hidup tetapi berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat demi mencari redha Allah.

Redhakah Allah pada kita jika kita hanya menghitung DGA  sahaja., Dari DGA 41  44 naik ke DGA 48...banyak tu, target nak pencen  DGA  52 atau 54. Kerja Islam dah tak dak masa. Nak bagi kuliah di masjid jauh sekali...belajar di Mesir Jordan atau Universiti tempatan 3, 4 tahun semata-mata nak kejar
DGA ???. Alangkah rugi jika inilah sasaran nawaitu kitaL Lantaran itulah terkilan jugak di hatiku bila teman-temanku yang berkelulusan tinggi, bahasa arab cair dibibir tapi keberatan untuk menyampaikan kuliah ilmu di masjid surau kerana bayaran tak setimpal dengan DGA yang ada pada dia.

Lantaran itu aku berdoa agar Allah tambah lagi kekuatan pada tubuhku yang kerdil ini agar tetap istiqamah pada jalan-Nya dan tidak terbuai dengan kehidupan duniawi yang ghurur. Doakan aduhai teman-temanku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan