Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 8 Mei 2012

Selagi Islam Tak memerintah...


“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak. 

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram. 

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan. 

Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji.


 Bone China banyak digunakan di hotel termasuk 2 bintang. Kalau makan kat hotel tu, cuba terbalikkan pinggan, kalau ada tulis bone china memanglah sah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan