Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 14 Mei 2012

Hari Ibu wajarkah kita menyambutnya ?


Kadangkala susah juga nak cakap. Antara boleh dengan tak boleh.Antara hukum dan adat. Benda dah jadii kebiasaan . Kalau kita kata tak boleh depa kata ustaz tu kata boleh. Pakar motivasi kata sangat baik sebagai lambang kasih sayang pada ibu tercinta. Lambang tu kan benda yang nampak lalu apa salahnya kita sambut hari ibu sebagai lambang kasihsayang seorang anak.

Banyak hari-hari yang telah kita sambut, Hari ibu,hari bapa.hari kekasih yang saya tak dengar orang sambut hari Tok Wan atau hari opah. Sejarah hari ibu dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga bagi orang Greece sebagai tanda pemujaan terhadap Rhea iaitu ibu kepada Tuhan mereka. Sekitar tahun 1600 penduduk England merayakan "Mothering Sunday" dengan tujuan yang sama

Ibu yang telah disebatikan dengan budaya sebegini akan merasa berdukacita sekiranya anak tidak memperingatinya sedangkan hakikat dalam Islam kasih kepada ibu adalah sepanjang masa. Apatah lagi menjelang hari ibu si anak bukan sahaja menungkapkan kalimat "selamat Hari Ibu" tetapi juga menitipkan berbagai hadiah kononnya untuk mengembirakan hati ibu.

Seorang ibu amat memerlukan kasih sayang sebenarnya. Apa artinya kalau anak hanya balik melihat ibu pada hari ibu sedangkan pada hari lain ibu terbiar keseorangan merindui kepulangan anak cucunya. Sebab itu kalau nak sambut jugak  hari ibu  biarlah kita sendiri yang menetapkan tarikhnya bukan seperti yang ditentukan dalam kalender. Dan pastikan apa yang kita buat tidak dihubungkaitkan dengan amalan orang kafir supaya akidah kita tidak terjejas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan