Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 16 Mei 2012

Hari Guru....sajaa nak citer sikit...


"Hang tak mau mintak jadi guru sandaran ke? Seorang rakan baikku memberikan cadangan. Hati berbelah bagi nak mohon ke tak nak mohon. Akhirnya aku ambil keputusan untuk memohon itupun hanya menulis sepucuk surat bertulis tangan dengan menggunakan kertas kajang tanpa sebarang dokumen disertakan,

Tak sangka jugak surat permohonanku diterima dan dipanggil untuk temuduga dan diminta membawa segala sijil dan dokumen yang perlu. Masuk dalam bilik temuduga aku terus ditanya, minat ke nak jadi cikgu ni. Spontan aku jawab "Memang minat" "Ok kalau minat..itu saja saya nak tanya dan lepas ni tunggu surat tawaran" Aikkh... mudahnya temuduga ingat kut  penemuduga akan tanya macam-macam. 

Seminggu lepas tu terus dapat surat tawaran  dengan gaji Rm370. Ketika itu gaji sebanyak itu sudah dikira besar. Sk Senggang sekolah pertama aku bertugas dan berulang alik dengan guru besar dengan membonceng motor kapcainya sejauh 30 km dari bandar Kuala Kangsar. Jalan tanah merah kalau musim hujan sangat licin beberapa kali kami terbabas. Pertama kali menjadi ustaz  tidak terlatih mengajar dalam kelas terasa amat kekok. Kadang-kadang aku tak tau apa yang aku ajar. Lama kelamaan aku menjadi lebih yakin sehingga ada ibubapa mencadangkan agar aku buat kelas tusyen di dewan orang ramai. 

Apa yang menyeronokkan bagi aku bertugas di sekolah ini ialah masyarakatnya  begitu peramah. Mereka susah tetapi pemurah. Setiap kali musim buah ada sahaja buah yang dikirim kepadaku. Bayangkan seorang murid bawa sebiji durian kalau 80 orang memang tak termakan aku.

Zaman telah berlalu. Nostalgia lama terpaksa ditinggalkan. Baru-baru ini balik dari memberi kuliah di Surau di Pekan Selama aku terpaksa melalui satu sekatan polis, Rasa cuak jugak bila seorang polis berpakaian biasa suluh muka aku dan merenung tajam. Lama jugak dia merenung akhirnya ia bersuara  "Ini Ustaz Saidin ke?" Aku anggukkan kepala dalam hati aku berkata 'Polis ni nak tahan aku ke..sampai nama akupun dia kenal.

 "Maaf ustaz..ustaz tak berubah macam dulu jugak tak makan tua ..saya anak murid ustaz masa kat Senggang dulu. Lalu dia angkat tabik dan mempersilakan aku jalan. Dua tiga orang polis berpakaian seragam juga turut memberik tabik hormat.Kembang kempis jugak hidung aku dibuatnya  Allahuakbar 18 tahun dah aku tinggal  bumi Senggang rupanya depa masih ingat lagi kat aku...alhamdulillah syukur beruntungnya jadi seorang  cikgu. Buat teman-teman "Selamat Hari Guru"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan