Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 4 Mei 2012

Ustaz ni banyak ilmu kut ? Bagilah kat aku sikit....

Kadangkala orang lupa beza ustaz dengan cikgu. Kelebihan ustaz dia didik anak-anak dengan ilmu akhirat. Dia didik anak murid agar memahami matlamat hidup sebagai hamba Allah,Bagi cikgu pulak dia didik agar anak muridnya berjaya di dunia. Cemerlang dalam pelajaran hingga melangkah ke menara gading.

Pokok pangkal segala kerja adalah ikhlas menepati syariat dan mencari rezeki kerana Allah. Tugas mulia seperti ustaz dan ustazah jangan dicemari dengan niat yang tidak betul. Kalau balik mengajar di sekolah lepas tu relax di rumah surau masjid pun jarang pergi, kereta asyik bertukar baru tentulah orang sekeliling akan padang sinis pada kita. Kadangkala berbulu jugak telinga depa dok kenen kekngkawan aku di kalangan ustaz." Apalah ustaz tu..kami bukan suruh mengajar bagi kuliah, suruh jadi imam kat masjid kami pun dia tak mau...ustaz apa lagu tuu?"

Ni nak habak mai, ada sorang ustaz dia  cukup qanaah. Rumah dia biasa je, kereta pun kereta lama dok ulang alik pi mengajar di sebuah sekolah. Satu kelebihan pada ustaz ni dia tak berkira langsung pasai duit. Tak dak dok betelagah langsung soal berapa nak derma jika untuk kebaikan. Tapi kalau untuk larian amal bercampur lelaki pompuan mintak maaf satu sen pun dia tak bagi. Begitulah kira nya....

Suatu hari berlaku ribut bukan main kuat lagi. Pokok besar depan rumah pun tumbang. Pokok tu memng batang dia lurus, memang ustaz ni yakin sungguh kerana dia selalu parking di bawahnya. Tumbangnya pokok ini sudah pasti akan menghempap keretanya dan sekaligus anjung rumahnya.

Nak tahu apa yang terjadi...? Anjung rumahnya tidak terjejas dan tak semena-mena batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bonet kereta ustaz. Tak percaya tengoklah gambar di bawah ini
 


Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang boleh dijadikan panduan : Mafhumnya "Sesiapa yang menolong agama Allah pasti Allah akan memberikan pertolongan kepadanya"

"Sesiapa yang BERTAQWA kepada  Allah nescaya  Allah jadikan jalan keluar (dari kesempitan dan kesusahan)

1 ulasan:

  1. sangat mengagumkan...

    benarlah, seluruh makhluk di dalam genggaman Allah swt..

    bolh dikatakan, inilah tanda2 kejayaan akhirat ketika berada di dunia.. (",)

    BalasPadam