Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 17 Mei 2012

Bagaimana mahu rasa dekat di hati suami......


Rasa dekat...rasa disayangi dan disenangi sepanjang hayat  itulah impian seorang isteri. Kecantikkan akan luntur sedikit demi sedikit. Begitu juga kecergasan diri akan berkurangan disebabkan faktor usia. Cinta suami sentiasa didambakan dan mengharap agar si suami tidak mendua...mentiga...atau mengempatkan atau yang lebih ditakuti meninggalkanya. Banyak kecurangan berlaku dalam rumahtangga yang membawa kepada runtuhnya mahligai yang dibina.

Dalam Islam kita dianjurkan berdoa dan berusaha. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh para ulamak yang boleh kita contohi. Antaranya :

1-Selepas solat Isya ambil segelas air (bukan air masak) Baca fatihah 1x baca ayat Qursi 1x dan baca ayat 35 dan 36 Surah Al-Waqiah sebanyak 7 x

Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) 

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Kemudian hembus perlahan-lahan ke dalam air dan minum seteguk demi seteguk

 Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan