Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 4 Mei 2012

Aku Merindui Mu...Kenapa akhir-akhir ini aku menjadi seorang perindu


Cerita yang aku dengar ni memang dah  jadi  buah mulut pada pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi, Benar atau tidak terpulanglah...tak kan depa nak kelentong kut bab-bab macam nie.


Pada musin  haji yg lepas pelajar Malaysia yang berlajar di Universiti Madinah ambil kesempatan untuk mengerjakan haji. Kebetulan mereka juga menawarkan khidmat mengikut seorang Arab mengebumikan jenazah seorang jamaah haji yg meninggal dunia. Maqam tersebut terletak di Ma'la. Di sana kubur lama sekurang-kurang 8 bulan akan dibuka semula  dan tulang belulangnya akan di tolak ke tepi untuk dimasukkan mayat yang baru


Tiba-tiba berlaku kegemparan. Pak arab ni pakat bertempiaran lari kerana mereka nampak mayat yang telah dikebumikan lebih 8 bulan sedang duduk bersila,bukan berbaring sepertimana jenazah yang lain. Pelajar Malysia ni memberanikan diri mengintai dalam lubang kubur yang di buka untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku. Cukup jelas mayat itu duduk bersila dan di tangannya memegang al-Quran. Terpampang cukup jelas surah yang di buka adalah surah Yaasin. Peliknya Quran itu masih utuh begitu juga dengan tubuh mayat tidak reput hatta kain kafannya masih elok. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kafan.


Sebenarnya lelaki yang mati itu adalah seorang yang berbangsa negro, kerjanya membersihkan Baitullah setiap hari. Bila dia berehat dia suka duduk disatu sudut kaabah sambil membaca surah yaasin. Selepas kejadian ini, lubang kubur itu di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
Mendengar kisah sebegini hatiku terasa sayu terbayang betapa kaki ini pernah sampai di bumi bertuah ini, bersolat di dalam hijr Ismail serta sujud mengadap multazam...alangkah lazatnya beribadah ketika itu...Ya Allah berilah kesempatan kapadaku sekali lagi untuk mrnjadi tetamuMu di Haramain,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan