Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 7 Februari 2012

Sebutlah apa pun..asalkan hangpa cinta dekat Rasulullah saw.

Saya tertarik dengan satu sedutan dalam satu drama tv apabila seorang pelakon menegur seorang pelakon lain kerana tersilap menyebut..antara kata-katanya "salah tu, bukannya maulid tapi maulud Nabi." Betul ke begitu? Saya tak salahkan pelakon itu kerana mungkin dialog itu berdasarkan skrip.

Hakikatnya kalimah maulud dan maulid dalam bahasa malaysia bermakna "kelahiran" Kita menyambut maulidul Rasul kerana Rasulullah telah wafat, kalau belum wafat disebut maulud.Saad b. Abi Waqqas sentiasa menceritakan kisah Nabi kepada kanak-kanak meskipun ketika itu Nabi masih hidup dan inilah dinamakan maulud Nabi.

Sambutan Maulid nabi mula diperkenalkan secara rasmi dalam bentuk pengkisahan riwayat hidup Nabi secara besar-besaran dalam bentuk perhimpunan ketika era zaman Fathimiah. Sehingga ke hari ini kita menyambut Maulid Nabi apabila tibanya bulan Rabiul Awal mengambil sempena bulan kelahiran Rasullullah saw. Apa yang penting bukannya Maulid ataupun Maulud ataupun disebut juga ma-ulud tetapi sejauhmanakah kita benar-benar mencintai perjuangan Rasulullah saw sehingga ke akhir hayat kita.


3 ulasan:

  1. salam ustaz, saya terjumpa kat youtube dia kata cam ni :

    http://www.youtube.com/watch?v=QpLnaBXp-rQ

    pandangan ustaz camana? betul ke ?

    BalasPadam
  2. Syukran atas respon anda. Saya dah tengok klip video ini. Rasanya khilaf tentang sambutan ini sudah lama diperbahaskan.Bagi saya kalau perkara khilaf sebegini diperbesarkan ia akan membawa perpecahan umat. bagi saya bila-bila masa kita mesti mengingati nabi. nama sambutan hanya diucapkan dibibir atau tertulis dikertas atau kain rentang shj,tetapi yg penting pengisian. kalau sambut maulid dgn perarakkan yg bercampur lelaki dan perempuan tentunya haram dan mengundang murka Allah. kalau hanya utk jamuan dan makan-makan maka ia hanya jadi perkara biasa. Majlis maulid Nabi membuka peluang utk para ustaz dan para daie utk berdakwah. Kenapa kita nak tutup ruang ini dgn mengharamkan sambutan sebegini rupa. Soal nak terima atau tidak,hidayah tu dtg dari swt. Yg patut diharamkan konset hiburan yg melalaikan..Wallhu aklam

    BalasPadam